"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
(Fussilat : 36)
(Fussilat : 36)
=========================================================================================
Sehari selepas birthday aku, birthday anak sulung aku lak. Selamat Hari Ulangtahun yang ke-7 buat Naim.
Dah besar anak aku rupanya. Aku dok kira-kira.. 20 tahun lagi.. umur Naim dah 27 tahun. Dah kawin ke anak aku time tu. Ntahla. Kalau umur aku panjang, aku tak pencen lagi time tuh. Tapi tak taula sempat ke tak nak sampai ke situ kan.
Doa Mama.. semoga Naim menjadi anak yang cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Semoga Naim menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Buat Abang Naim..
Ingat Allah sentiasa. Jadikan Allah yang pertama dalam hidup Abang. Rasulullah sebagai insan tauladan yang perlu Abang ikuti. Kemudian barulah letakkan Mama dan Ayah di dalam hidup Abang.
Belajar rajin-rajin agar Abang berjaya dunia dan akhirat. Jaga Adik Najwa baik-baik ye sayang!
Ya Allah.. Engkau peliharalah anak-anakku. Bimbinglah mereka ke jalanMu Ya Allah. Berikanlah kesempatan kepadaku untuk memelihara dan mendidik mereka ke jalanMu. Hanya kepadaMu aku berserah..
2 comments:
Happy Birthday to Abang Naim jugak..dah tak perpagar rupanya mulut naim tuh ye... :)anyway still hensem
heheh.. Naim pun asik kata tak best takde gigi :-)
Post a Comment