"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."
(Al-A'raf : 200)
(Al-A'raf : 200)
=========================================================================================
Gue udah nggak ada bibik. Bibik gue udah pulang ke kampung halaman. Bilangnya udah diceraikan talak tiga. Bilangnya lagi mau diurusin hal-hal perceraian, bisa nggak? Hmm.. bibik temporary (bibik Mak) pulak udah move ke rumah Kak Long kerna bibik Kak Long udah kepulangan ke Indon jua - bercuti 3 bulan. Bibik Mak harus ke rumah Kak Long kerna rumahnya punya anak kecil, berusia 1 tahun lebih.
Itu introduction.
So setiap pagi Ayah akan hantar Naim pegi sekolah. Pastu ke Puchong hantar Najwa ke rumah Kak Long. Aku pulak akan menyelesaikan hal-hal umah. Tiap-tiap pagi rasanya rushing. Asik nengok jam je - takut merah lak attendance hari tuh. (Sungguhlah tak get used lagi ngan situasi. Huhu..)
Tengahari Ayah akan jemput Naim kat sekolah dan hantar Naim ke rumah Kak Long. 2.30 petang Naim mengaji kat Puchong. Petang tu samada aku atau Ayah akan jemput anak-anak dari umah Kak Long. Bergantung kepada kesesuaian masa. Kalau aku ada meeting, Ayah akan jemput. Kalau aku free, aku yang jemput. Cuma kalau Selasa dan Jumaat tu memang Ayah yang jemput sebab aku akan mencari rezeki di pasar tani. Heheh..
Soal mencari rezeki? Selalu outsource jer. Mudah keje aku dan mudah keje Ayah. Sebab balik umah kami berdua akan bersilat.
Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yang memahami. Alhamdulillah. Keje rumah sama-sama buat. Termasuklah tugas di dapur. Suamiku adalah hadiah dan anugerah dari Allah yang tak ternilai buatku!
Semenjak bibikless ni jugak, anak-anak dah ada job scope masing-masing. Ada yang tolong keluarkan hanger daripada baju lepas sidai, ada yang tolong amik air masak dan tuang dalam gelas, ada yg tolong amik dan susun coaster, macam-macam lagi. Cam hire tenaga bawah umur lak aku ni yer. Hahah.. mana ada.. aku amalkan konsep tolong-menolong. Mana buleh asik nengok tv je kan. Alhamdulillah.. anak-anak aku memang sangat-sangat membantu. Malah kekadang berebut nak tolong. Hepi.. hepi..
Berat aku pun dah turun 2kg dalam tempoh 2 minggu. Dasat penangan bibikless nih kan :-)
La ni aku tengah tunggu bibik baru. Kata ejen lagi 2-3 minggu.
Kesimpulan yang aku buat hingga saat ini ialah.. aku perlukan bibik.
Waima aku menjadi housewife sekalipun, aku perlukan bibik. Dengan adanya bibik, bukan saje aku leh outsource keje-keje rumah, yang paling penting.. kualiti masa dengan anak-anak. Mana nak tengok homework anak.. nak berbual panjang ngan anak-anak.. nak baca buku kat anak-anak sebelum tidur (ni task yang aku wajibkan pada diri aku sendiri - baca kisah Rasulullah sebelum tidur - supaya anak-anak aku tau Rasulullah ialah kekasih Allah yang harus dituruti). Dan yang utama juga.. dengan adanya bibik, masa aku dengan Allah lebih berkualiti. Huhu..
Nasib baru sorang anak aku sekolah. Kalau 5-6 orang.. adehhh.. tak taula cemana singanya aku kat umah. Hiks!
Salute ngan ibubapa bekerjaya yang takde bibik tapi anak bagus akhlak, pandai, rajin dan punya sifat-sifat yang baik. Sesungguhnya tugas ibubapa dalam mendidik anak-anak bukanlah perkara enteng!
No comments:
Post a Comment