Saturday, June 12, 2010

pahit akan manis akhirnya finale

"Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (suatu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain)."

(Al-Waqiah : 1-3)

==========================================================================================

"Norul, you are still young. One day you will become a boss. Never be like them. You should be fair to everybody. Rational when you make a decision. Don't rush. It's okay you take one day before you commit for any decision rather than you put a knife on your neck. Avoid being emotional. Integrity is a must. You have given a responsibility. Remember, you work for government. You should serve public as best as you can."


Sebenarnya perkara camtu semua orang dah tau. Tapi tak semua orang ada masa untuk bercakap camtu. Senang citer, tak semua bos boleh spent some times guide anak buah camtu. Selalu kalau bos jumpa anak buah asikla cakap pasal keje.

Kalau dia bagi keje kat aku, dia akan guide sampai keje tu selesai regardless dia ada banyak project in hand. Dia takkan biar aku terkapai camtu. Memula keje ngan dia, aku segan nak tanya. Maklumlah, dah promoted takkan small thing pon tak tau kan. But cara dia treat anak buah membuatkan aku tak segan nak tanya. Takpela dia nak kata apa pun. Tapi dia tak pernah kata apa-apa. Apa yang dia pernah kata kat aku..

"Norul, don't feel bad. The more mistake you do, the more you learn."

Bila dia tanya aku dan aku explain, dia akan kata.
.

"Norul, I'm not saying you are wrong. I'm asking all these questions because I want you to be prepared for all sorts of questions from users. So that you have full confidence when you are in front of them. Able to convince them. Some other time I may not be with you to help you when you are been attacked by users." and he smiled.

Aku banyak belajar skills nak jadi bos ni ngan dia. Sebab cara dia tulah yang membuatkan aku willing nak buat keje yang dia bagi. Aku willing untuk stay back. Willing untuk stay up. Tanggungjawab perlu dilunaskan.


Tapi sekarang aku dah ada bos baru. One level higher than him. But once
he said to me and my friend, "If you need me, do not hesitate to come. My door is always open for both of you."

Kata Kak Long, expectation will be higher as well. Gulp! Takpe. Hidup mesti berani. Jangan gentar kerana Allah sentiasa di samping hambaNya. Hidup mesti ada paradigm shift. Takkan berada di takuk yang sama. The best part is, I still got a rational boss, not emotional. Thank God. Heheh..


Dan the best past jugak my new boss ni pun berpengalaman. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Allah bagi peluang untuk aku belajar, gain more knowledge. Alhamdulillah.

Camtu skali Allah aturkan hidup aku. Sangat cantik. Aku keluar daripada tempat pertama aku keje dengan sedikit terkilan. Takyah la kabo sebab apa. Cukuplah aku je yang tau.

Aku agak kurang hepi ngan second ofis. Pernah rasa cam nak quit, nak bukak pusat motivasi. Tak sedar modal takdak. Hahah. Singkat betul pemikiran.

Tapi sebenarnya itulah titik tolak untuk aku menghadapi kehidupan mendatang. Berterima kasihlah kepada second ofis yang mengajar aku tinggi rendahnya langit.
Dan berterima kasih jualah dengan terkeluarnya aku dari comfort zone (sila baca Who Move My Cheese). Semua yang berlaku ada hikmahnya yang tak dapat dinilai oleh akal manusia yang cetek.

Sangat cantik aturan yang ditetapkan Allah. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur. Sangat bersyukur. Allah sangat menyayangi aku.
Semua kurniaan ni dari Allah. Yang baik itu dari Allah. Sebagai hambaNya perlu sentiasa yakin, berdoa, berikhtiar dan bertawakkal kepadaNya kerana Dia Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Kata bidalan, pahit jangan terus dibuang. Manis jangan terus ditelan. Kerana yang pahit akan manis jua akhirnya..

No comments: