Saturday, June 12, 2010

doaku pada kalian

"Oleh kerana itu hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari yang tak dapat ditolak (kedatangannya)."

(Ar-Rum : 43)

==========================================================================================

Macam-macam yang berlaku. Life is so challenging.

Yang buat aku terkilan ialah, aku tak dapat nak jumpa dan bersembang dengan insan yang perlukannya di saat jiwanya sangat memerlukan..

Ntahlah. Sibuk sangat agaknya aku ni. Ada yang call, ada yang emel, ada yang sms, ada yang PM.. aku tak dapat nak fullfill permintaan sahabat-sahabat. Itu yang buat aku sangat terkilan. Sangat terkilan.

Aku pun tak tau. Kata Che Su kat aku, orang seboleh mungkin taknak dengar masalah orang lain sebab masalah diri sendiri pun tak dapat nak settle.
Tapi aku ni memang suka dengar masalah orang. Aku suka bila dapat tenangkan orang. Aku suka bila sahabat-sahabat aku dapat temui ketenangan dalam hidup. Ke aku yang pelik? Tak pelik kan..

Takpela. Walaupun aku tak dapat nak berbual panjang ngan sahabat-sahabat, tapi doa aku sentiasa mengiringi mereka. Moga sahabat-sahabat aku di luar sana diberi hidayah, kekuatan serta keteguhan iman, kecekalan menghadapi dugaan hidup dan yang paling penting diredhai Allah setiap detik, setiap saat, insyaAllah..

No comments: