"Dan takutlah akan suatu hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat memberi syafaat (membela) orang lain, walau sedikit pun, dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong."
(Al-Baqarah : 48)
(Al-Baqarah : 48)
=========================================================================================
"Oleh itu wahai anak-anak sekalian hendaklah mempercayai dengan penuh keimanan bahawa Allah Maha Berkuasa, mengatur, membimbing dan mendidik seluruh alam ini, tiada siapa yang boleh menghalang kuasaNya.
Berpandukan sejarah ringkas ini menunjukkan bahawa rahmat Allah sentiasa menunggu kita. Kita sebagai umat Islam tidak harus berputus asa dengan rahmat Allah. Oleh itu manusia perlulah beusaha dengan gigih bagi mencapai satu-satu tujuan ke arah yang diredhai.
Sejarah ringkas ini juga menunjukkan bahawa niat yang baik itu lambat laun akan tercapai juga, tepat sekali kata-kata hikmat dalam syairnya bermaksud "Di mana sahaja kamu berada dengan niat yang suci, nescaya ditentukan kamu oleh Allah kemenangan pada masa akan datang, dan bahawa kemenangan itu pasti akan tiba satu masa nanti.""
- Ayahanda Hj. Ibrahim bin Mohamad, Anak Pondok, 1981.
~ The greatest gift I've ever had came from Allah, and I call him Dad! Al-Fatihah. Rest in peace, Ayah.. ~
No comments:
Post a Comment