Sunday, May 23, 2010

pembantu rumah episod 6

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”

(Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

==========================================================================================


Aku continue lagi Kisah Pembantu Rumah ni. Cuma dalam mode flashback.

Dalam masa yang sama aku nego dengan current maid, supaya dia leh sambung lagi 3 bulan. Dia agree tapi nak kena bagitau ibu bapaknya di kampung. Kalau proses perceraiannya dah dijadualkan, dia takleh sambung.

Berkali-kali aku cuba kol Jawa Tengah tu tapi tak sukses. Tempoh untuk dia keje ngan aku cuma tinggal lagi 3 minggu. Cemas.. cemas.. dah masuk waktu kecederaan nih.

Dalam masa yang sama aku kontek ejen yang ada servis temporary maid. Sekonyong-konyong tipon aku yang tak secanggih tipon orang lain di luar sana tu dah jadi cam bursa saham.

Kring kring. Nanti akak call back Puan Norul update pasal maid ye.
Kring kring. I'm sorry. Temporarily we are out of Indonesian maid....
Kring kring. Maybe you can wait for a few months because our Indonesian maid is not available right now.

Arggghhhhh!!!! Awatla sukar sangat kali ini..

Ya Allah.. apakah sebenarnya yang tersirat. Aku mohon hidayah dariMu Ya Allah. Permudahkanlah jalan untukku..

Bila check dengan Imigresen, sambung kontrak maid cuma sebulan sahaja. Dan sudah pasti ada kos melepas kat situ. Wang. Takpe. Yang tu dah jadi perkara nombor 2. Pandaila aku cekau kat mana nanti. Yang utama.. aku perlukan maid. Aku perlukan maid.

Proses for a new maid? Maid baru cuma leh proses lepas termination maid lama. Kena buat cancellation letter a.k.a. check out memo dulu kat imigresen baru leh proceed untuk new maid. Proses new maid amik masa 2 bulan ke 2 bulan setengah. Akan ada sebulan gap andaikata maid aku boleh continue lagi sebulan ngan aku.

Argghhh!!! Cemana ngan anak-anak aku?


Last resort.. memang ke nursery la anak-anak aku nampaknya. Sedih. Sangat sedih. Mungkin ini perkara biasa bagi ibu-ibu lain di luar sana. Tapi tidak bagi aku. Tengok muka anak-anak, meruntun hati aku.


Dalam kesedihan tu, aku tetap pi survey satu nursery dekat ngan umah aku. Nampak cam ok. But I tell you what.. once you have had a maid, you will find that having a maid is one of the best solution for a career woman. I'm not telling you that I like to have a maid. I don't like her but I need her. That's it. Full stop.

Ya Allah.. aku lalai dengan kehidupan duniawi sebab tu Allah uji aku camni. Iman aku tak macam sebelum ni. Itu jugak punca aku diuji. Ya Allah.. ampunilah hambaMu yang hina ini..

Takpe. Lupakan kesedihan itu. Think positive. 2 bulan setengah. Think positive. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku kena banyak bersabar. Hanya Allah yang dapat tolong aku. Tiada yang lain.. hanya Allah..

Dan aku percaya.. Allah will never close one door without opening another..



bersambung lagi..

No comments: