Sunday, May 23, 2010

pembantu rumah episod 5

"Dan janganlah sekali-kali kamu menyangka, bahawa Allah lalai daripada apa yang diperbuat oleh orang-orang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai pada waktu mata (mereka) terbeliak."

(Ibrahim : 42)

==========================================================================================

Lambat tol nak abis citer maid nih. Banyak sangat iklan. Atau mungkin jugak sebab topik ni memang never ending story. But anyhow aku menulis jugak walaupun citer ni agak expired.

Nak dijadikan cerita, tengah dok kalut mencari maid ganti tuh, Kak Long bagitau aku ada biodata maid. 2 orang tapi bukan daripada ejen yang kami selalu amik. Ni ejen lain lak, base kat KL. Aku rasa cam ok both maid tu. Ada 2 lak tu. Memang just nice. Satu aku amik, satu Kak Long leh amik.

Dalam masa yang sama, ejen aku kat Melaka tu bagitau dia ada maid (physically ada). Sebab maid tu tak sesuai ngan majikan sebelum so dia berenti. Kalau nak, boleh amik skarang. Take it or leave it maksud ejen tuh. Umur 29. Hmm.. muda lagi tuh. Tapi aku desperate perlukan maid. Cemana tu? Serba salah aku dibuatnya.

Aku diskas ngan hubby, mintak lagi 2nd opinion Mak dan Kak Long.

Biodata maid 2 orang dari ejen kat KL tu dah memenuhi kriteria aku. Muka pun sedap mata memandang. Kena tengok jugak air muka nih kata Mak aku. Ish.. kukeliru.. kukeliru. Banyakla pulak pilihannya. Yang mana satu kata Juliana Banos.

Bezanya cuma yang ejen kat KL tu lagi mahal. Kena tambah lagi RM400. Ish.. pening kepala wa nak buat keputusan.

Lepas buat SWOT analysis, mohon hidayah dari Allah.. keputusannya.. Sabtu 4 minggu lepas kami ke Melaka. Memang kami tawakkal. Tak taula keputusan aku buat ni betul ke tak.

Siang-siang lagi ejen tu dah kabo dia ni paham Bahasa Inggeris. Pernah keje kat Singapore maklumlah. Orangnya pendiam dan dia ni sangat sensitif.

Hmm.. takpe. Warranty period takes 3 weeks. So aku kena cuba dulu dalam tempoh tu.

Dengan adanya maid baru yang aku namakan N, ada 2 orang la maid dalam umah aku. Dengan harapan ada proses TOT selama mereka kerja berdua.

Masa yang ada, aku gunakan untuk observe N. So far so good cuma dia sangat pendiam. Memang sangat pendiam. Kalau aku panggil dia, memang tak dengar suara dia menjawab. Tut tut dah ada sebelah aku. Dasat. Ada hikmat tu.

Sehinggalah berlaku satu kejadian di toilet salah satu stesen Petronas..

"Kakak kalau tak suka sama saya tak apa.."

Aikkkk... minah ni nak keje ngan aku ke taknak?

Daripada temperature aku 16 degree, terus naik jadi 80 degree.."Bila masa saya kata saya taknak kamu? Saya cuma tegur cara kamu. Kalau kerja dengan saya, kena ikut cara saya."

Hati aku dah rasa sedikit tawar. Ditambah lagi mintak aku belikan pencuci muka, krim muka, dan action dia yang aku rasa dia tak bersedia nak keje ngan aku. Itu satu hint. Hmm..

Again, aku diskas dengan hubby dan sifu maid yakni Mak dan Kak Long.

Kesudahannya.. hari Khamis 2 minggu lepas, aku balik ke rumah lunch hour. Lepas makan, aku soh dia pack baju. Nak hantar dia balik. Aku justify la bakpe aku hantar dia balik supaya dia tak tertanya-tanya kan.

Main reason.. keje ngan orang takleh sensitif. Orang bukan mesin. Lagi satu, kalau dah jadi pembantu rumah, kena sukakan budak-budak. Takleh stone jer bila nengok kekanak.

Kesian jugak sebenarnya aku nak bagitau tuh. Tapi aku kena berhati kering jugak kan. Kesiankan dia atau kesiankan aku. Of course la kesiankan aku will come first.

Mengalir jugakla airmata dia. Sedih dan tak sangka agaknya. Takde angin, takde ribut tut-tut aku kabo gitu. Ntah. Letih tau kalau nak kena jaga hati orang. Afterall dia kan keje ngan aku. Ada pulak aku nak kena jaga hati dia. Mak tak kuasa wehhhh..

Tapi gaji dia aku bayar tau. Bukan keje free je ngan aku. RM20 sehari.

Lepas hantar ke ejen, aku pilih maid baru. Alhamdulillah biodata maid memang banyak. Kali ni aku tawakkal pada Allah. Mohon Allah mudahkan jalan hidup aku, tiada yang lain hanyalah untuk anak-anak aku, Naim dan Najwa..

Moral :
1) Jangan sesekali amik maid tangkap muat.
2) Jangan jugak memilih maid yang sensitif. Letih nak jaga hati dia. Mau stress majikan sehhh..
3) Jangan mengambil maid di bawah umur 30 tahun. (padahal ni dah memang syarat aku tapi dek kerana perkara pertama arise, maka perkara ke-3 pulak yang arise)
3) Bersyukurlah dikurniakan gaji yang melebihi RM20 sehari.



bersambung lagi.. bilakala la nak abis hikayat 1001 malam nih..

2 comments:

Noorz said...

So sekarang dah ada maid ke lum dear?

cahaya petunjuk said...

nanti dulu dear. tak abis lagi citer nih. kena ikuti lagi kisah Pah Bedah a.k.a pembantu rumah ni di episod 6.