Friday, April 02, 2010

satu tujuan

"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langi dan di bumi ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa."

(Yunus : 6)

==========================================================================================

Sinar begitu, Hot begitu, Era pun begitu. Isu kehilangan. Satu penyudah bagi setiap kehidupan. Hakikat yang perlu ditelan walaupun pahit.


Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan. Dan bersiap sedia ke arah itu. Kerana satu hari nanti masa kita jua akan tiba.

Teringat petikan daripada Insan, Ingatlah! karya Tuan Guru Nik Aziz.. 'Manusia hidup & mati serta mati & hidup dengan satu sahaja tujuan iaitu untuk diuji tentang ahsan atau tidaknya amalan (aktiviti kita)' - matan maksud Surah Al-Insaan : 2


*Al-Fatihah buat allahyarham Din Beramboi. Masih terngiang-ngiang di telingaku lawak Sawancara setiap pagi.

No comments: