Thursday, April 01, 2010

perjuangan

"Wahai Tuhan! Yang aku minta sesuatu denganMu kerana Engkau berkuasa memberi dan menahan sakit sekalipun manusia cuba menghalangi ataupun memberi dan Engkaulah yang menghukum dan tidak ada orang lain yang boleh mengeluarkan hukuman mengatasi hukumMu."

(Daripada Al-Mughirah bin Shu'bah, Sahih Bukhari, Hadis Nombor 799)

==========================================================================================

Isnin ni aku ada perjumpaan dengan bos baru. Bos baru? Bos ni ialah bos kepada bos kepada bos aku. Hmm.. punyala ramai bos kat sini. Nampak sangat la aku ni ikan bilis je kat opis ni.


Isnin ni jugak aku ada appoinment lagi dengan Hospital Ampang. Walhal 2 minggu lepas aku dah jumpa ngan doktor.

Memula aku ingat nak postpone appoinment ni sebab ada perjumpaan dengan bos baru tu. Kang buruk pulak reputasi aku. Tapi doktor yang aku nak jumpa tu memang susah sangat nak cari keavailabitiannya. Takkan aku nak tunggu Isnin lagi satu. Parah tuh. Kata Kak Long, dahulukan diri sendiri. Kalau kita sakit, opis tak tolong kita.

Hiccup
lagi?
Ya. Camtulah hidup ni kan. Sering diuji.

Last 2 weeks result darah aku tak ok. LDH aku tinggi daripada biasa. Dalam ertikata lain, abnormal. LDH aku 605. Normal LDH between 200-430. Aku dah menyimpang jauh. Sangat jauh.

Takut? Maunya tak takut. Tapi tulah kan. Takut ni sebenarnya punca dia satu je. Takut mati. Sebab apa takut? Sebab tak bersedia dan tak pernah bersedia untuk mati. Walaupun mati ni tak tunggu sakit. Tiba-tiba pun boleh mati kalau dah sampai ajal. Allahuakbar..


Bila dah tinggi cenggitu LDH aku, specialist yang tengok aku sebelum ni soh aku buat x-ray. Aku yang naif ni pon buatla. Balik umah kata Kak Long, why x-ray? What do you expect from it? X-ray won't show any abnormality in your bone marrow.


Aku dah request CT scan tapi doktor tu tak nak buat. Tu yang aku pelik doktor nih. Kata Kak Long doktor tu tak pikir gamaknya. Sepatutnya dia consult senior specialist, fill form untuk patient buat CT scan. Marah betol Kak Long kat doktor tuh.


No choice
, aku kena jumpa Ketua Jabatan Hematologi hospital tu kata Kak Long. Tu pasalla Isnin ni aku pegi lagi sepital untuk request jumpa doktor tu selain nak nengok result x-ray. But as what Kak Long said, x-ray will do nothing. Takpe, aku kena jumpa Ketua Jabatan tuh. Nak amik darah lagi, nak tengok result darah lagi.


Kuatkan semangat, aku google high LDH. Agak menakutkan. Aku tanya Kak Long. Apa possibility high LDH ni?

Memang kalau boleh taknak tau sebab aku takut. Takut untuk dengar jawapan dari seorang doktor. Aku tak sanggup nak lalu apa yang aku pernah lalu satu ketika dulu. Tapi aku tak boleh takut camtu. Aku tak boleh lari dari kenyataan yang perlu aku hadapi. Nak tak nak, itu suratan hidup aku. Aku mesti berani. Mesti tabah. Mesti cekal. Hidup ini satu perjuangan kan. Aku ingat kata Kak Long, kita ni milik Allah. Allah Maha Berkuasa. Kita kena sentiasa yakin padaNya. Yakin dengan kehidupan yang sementara. Allahuakbar..


Aku dah tarik nafas panjang-panjang dan selawat banyak-banyak sebelum aku tanya Kak Long.

Normally, LDH ni berkait rapat dengan tulang. Marrow (sum-sum). Sebab tu kena buat CT. Nak tengok kalau-kalau dia relapse. Relapse ni not necessary kat tempat yang kena hari tu. Dia boleh pegi ke organ dalaman, tulang, otak sekalipun. Tapi jangan susah hati. Kita usaha. Kita ikhtiar sebaik mungkin. At least kita tau lebih awal. Jangan susah hati. Jangan takut. Takpe. Setiap apa yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Allah Maha Mengetahui. Allah itu Maha Penyayang. Dia sekali-kali takkan menyiksa hambaNya. Itu kata Kak Long.

Tak ke takut namanya tu.


Terus aku terbayang M. Rajoli. M. Rajoli tu pon Hodgkin's Lymphoma. Tapi attack kat brain. Last time HL aku attack kat leher, hati dan peparu.


Kalau tanya aku.. aku pun tak tau status kesihatan aku sekarang. Memang lately aku rasa letih dan agak tak bermaya. Rasa tido ni sentiasa tak cukup. Cepat mengah pon ya. Tapi tu dek kerana kurang exercise kata husband aku. Badan lak dah tak slim cam dulu. Memangla cepat mengah.

Dalam ramai-ramai manusia yang kata aku makin mengembang sekarang, Suhaila la satu-satunya insan yang kata aku makin kurus. Tu tiga minggu lepas dia kata gitu. Aku pun tak sure cemana dia leh kata aku kurus. Tapi memang berat aku turun. Dasat betul pemerhatian Suhaila nih. Masa tu alasan aku sebab aku posa. Aku ni kalo posa berat memang turun. Tiga hari posa, 3 kg la turun. Tapi kalau sebulan posa, takdakla sampai 30kg aku turun. Kwashiorkor namanya tuh.

Malam tadi aku rasa cam kebas tangan ni. Dah tu ada pulak nerve kat ujung jari aku cam kurang berfungsi. Aku tak rasa sangat bila bersentuhan. Sekarang ni pon aku rasa lain macam je. Tak tau la salah makan ke apa ke. Ataupun aku yang paranoid.

Aku taknak citer kat Mak. Tapi dah memang Allah buat seorang ibu ada instinct, ada sixth sense terhadap anak dia. Mak talipon aku tanya. Dalam cuba sorokkan dari Mak, aku terpaksa jugak citer akhirnya. Kasih sayang ibu ni tiada galang ganti kan. Kasih ibu bawa ke syurga kata Allahyarham Sudirman. Dalam banyak-banyak kata peransang Mak, Mak soh aku sembahyang hajat, mintak yang terbaik dari Allah, Mak soh aku minum air zam-zam, Mak tak bagi aku makan makanan bermalam. Antara kata-kata Mak yang bisa buat aku hampir menitiskan airmata..

"Mak sentiasa sembahyang hajat untuk Sya (panggilan Mak kat aku) - (Aku tau Mak memang sembahyang hajat kat aku setiap kali buat sembahyang fardhu - hebatnya kasih sayang seorang ibu!). Mintak Allah kuatkan semangat Sya. Mak sentiasa doa untuk anak-anak Mak. Doa yang terbaik untuk anak-anak Mak. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Sya dah jadi mak, Sya taula hati seorang ibu terhadap anak kan. Kasih sayang tu bukan hanya dengan kata-kata..."

Kata-kata Mak terhenti di situ. Aku tau Mak sedih. Aku pun sedih. Tapi aku cuba kaver. Aku cuba buat lawak kat Mak. Taknak Mak pikir sangat pasal aku. Walaupun aku tau lawak aku tu takkan menghentikan kerisauan Mak pada aku. Mak pernah kata, Mak tak sanggup tengok anak Mak pergi dulu. Biarlah Mak yang pergi dulu.


Aku paham. Aku juga seorang ibu. Aku jua berperasaan begitu pada Naim dan Najwa.


Mungkin aku tersasar. Sebab tu Allah bagi hiccup kat aku. Supaya aku sentiasa mengingatiNya. Syukur Allah titipkan keinsafan buat
aku. Allah masih sayangkan aku walaupun banyak dosa aku padaNya. Doa aku kepadaNya hanya satu.. moga Allah lindungi aku daripada segala musibah yang tak mampu kutanggung. Hanya kepadaMu aku berserah Ya Allah..

Disclaimer : Saba.. jangan susah hati. Kak Norul ok nih. Never give up. There will always be a sunshine over the rainbow. Allah Maha Penyayang kan..

4 comments:

Noorz said...

Setuju kata kak long, dahulukan diri sendiri..kami doakan yang terbaik kay...

KLMJ said...

Nono, aku doakan semoga Allah kurniakan ketabahan pd ko utk hadapi semua ni.
Mudah2an Allah berikan yg terbaik utk ko dan keluarga.
Kita kena yakin setiap ketentuan Allah adalah yg terbaik & mampu utk kita hadapi.
Hopefully, '...there will be a light at the end of the tunnel...'

angah said...

pn norul... saya sayu membaca kisah puan norul nih...

tp saya nak mintk satu bantuan dari puan since kakak puan adalah doktor kan...

tolong tanya kakak puan pasal masalah saya ni...

kat leher saya ada bengkak, pegi tunjuk kat doktor klinik swasta, mereka kata itu adalah tiroid.. ambik ujian darah bagai... n mereka kata ok xbahaya... tp saya still risau... saya pegi hospital kerajaan... even worst... mereka tengok je n kata xperlu buat apa2 since saya boleh lagi telan makanan tanpa ada rase tercekik n xde rasa sakit... tp bengkak tu makin besar n nampak sungguh obvious sekali.. sungguh tidak cantik ok...

tolong tanya kak long pasal masalah saya ni... terima kasih...

angah...

cahaya petunjuk said...

noorz,
tq.

KLMJ,
terima kasih. moga Allah merahmati kita semua.

angah,
tiroid perlukan ubat. cuba pegi klinik kesihatan dan jumpa ngan specialist untuk dia refer ke pakar di hospital.