"Penyakit dengki boleh membakar segala pahala kamu, Sebagaimana api membakar kayu api." (Daripada Abu Hurairah, Sunan Abu Dawud, hadis nombor 4257)
========================================================================================== Hari pertama (4 Januari 2010)
Suasana sekolah sesak dengan mak ayah dan tak lupa jugak anak-anak yang dibawa dek kerana takde tempat nak tinggalkan anak. Indeks keramaian umat manusia walau bagaimanapun masih tidak dapat menandingi indeks menghantar jemaah haji di Tabung Haji Kelana Jaya.
Bermula dengan menyemak nama Naim pada senarai di papan kenyataan, kemudian bawak Naim masuk kelas. Perhimpunan diadakan dan kami bawak Naim beratur ikut kelas. Jarang sekali dilihat senario kanak-kanak menangis. Tidak seperti pada versi 1984.
Cikgu-cikgu mulakan penerangan. Selesai penerangan murid-murid beratur ke kelas semula.
Kami memerhati dari luar. 26 tahun lampau aku yang berada dalam kelas. Ayah kat luar. Hari ni aku pulak kat luar. Naim dalam kelas. 26 tahun lagi Naim pulak kat luar kelas tunggu cucu aku. Hahahahah.. jauh sungguh pandangannya..
Dengan situasi gamat sama seperti 26 tahun lampau, ingatan aku pada arwah Ayah tiba-tiba datang. Kalau ayah masih ada sudah tentu ayah gembira melihat cucunya bersekolah. Ayah yang hidupnya penuh wawasan dan semangat yang sentiasa membara. Kenangan terindah dalam hidupku. Ayah, walaupun dirimu telah tiada, dirimu sentiasa di dalam doa anakmu ini. Moga kita sama-sama berjumpa di syurga nanti..
Baruku tahu bagaimana hati seorang mak/ayah melihat anaknya bersekolah. Aku call Mak, cucu ke 7/8 Mak dah mula sekolah (anak bongsu abang aku pun darjah 1 tahun ni), call Kak Long dan Mi. Banyak yang ingin dikongsi. Maklum sajalah, anak sulung mulakan persekolahan. Dah besar rupanya anak aku..
Macam-macam yang tersarang dalam fikiran aku. Macam mana dia lepas ni, pandai ke dia bawak diri, makan waktu rehat macam mana.. sayu pun ada hati ni. Macam tak percaya Naim dah menempuh alam persekolahan.
bersambung...
No comments:
Post a Comment