"Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah ataupun yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya."
(Yunus : 17)
(Yunus : 17)
==========================================================================================
Ayah kat luar kelas. Mak takde sementelah Mak jua seorang pendidik, tidak berpeluang untuk bercuti menghantar anak ke sekolah. Aku ikut Mak ke sekolah masa Mak daftarkan aku ke Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II pada hari Sabtu, 31 Disember 1983, sehari sebelum persekolahan bermula.
Mata aku tak lepas pandang Ayah. Macam-macam ragam dalam kelas aku tu. Ada yang menangis. Ada yang takde perasaan. 85% menangis.
Aku pandang lagi Ayah. Ayah bersembang dengan kenalannya di luar kelas. Ayah memang luas pergaulan. Ada saje kenalannya walau ke mana dia pergi. Tapi kali ni mungkin kerana Ayah merupakan orang kuat PIBG sekolah. Sesekali Ayah memandang aku dan senyum. Aku suka.
"Nama cikgu Maimunah, murid-murid semua panggil Cikgu ya! Cikgu adalah guru kelas 1-Orkid. Sekarang cikgu nak semua kenalkan diri. Sebut nama masing-masing. Kita mula dari depan". Dan sesi suai kenal dimulakan. Mak dah ajar malam tadi macam mana nak kenalkan diri. Bangun berdiri dan cakap kuat-kuat. Bagitau nama. Jangan menangis.
Habis saja sesi suai kenal, aku toleh keluar.
Mana Ayah? Ayah tinggalkan aku sendiri? Airmata dah mula bergenang. Hati makin sayu. Tangan dah menggenggam pinafore biru gelap paras lutut yang kupakai. Airmata mula mengalir membasahi pipi sebagaimana basahnya rambutku dimandikan arwah Ayah pagi tadi. Dan secara tak sengaja aku dah termasuk dalam golongan 85% tadi..
Cikgu Maimunahlah yang memujukku. Cikgu Maimunahlah segala-galanya bagiku di sekolah tu. Dari situ aku mengenal A-B-C, 1-2-3. Cikgu Maimunahlah yang mengajarku menulis. Jasanya tak pernah kulupa dan takkan kulupa. Nak sangat rasanya bertemu dengannya. Nak bagitau yang anak muridnya yang suka menangis dulu dah tak nangis lagi.
Masa pendidikan seni, aku tak tau nak buat dengan plastisin yang diberikan. Aku nangis lagi. Mungkin terbiasa dengan keadaan di rumah, sering mendapat bantuan daripada Mi. Terbawa-bawa hingga ke sekolah. Tapi cikgu sentiasa ada untuk memujuk. Cikgu semuanya baik-baik belaka.
Minggu pertama persekolahan, kakak aku, Mi akan datang jemput aku kat kelas. Kami rehat dan makan sama-sama di kantin sekolah. Mi bawak adiknya beratur, tunjuk cara beli makanan. Mi protect adiknya dan pujuk supaya adiknya tak nangis. Mi sentiasa ada untuk adiknya. Dulu, kini dan selamanya..
Ramai kawan Mi yang aku kenal, Norasfaniza, Norita, Wan Nor Izana.. masing-masing dengan menikmati bekal yang dibawa dari rumah. (Laa.. bukannya aku sorang kat sekolah tu. Kakak aku darjah 3, abang aku pun ada, darjah 4)
Bila nak ke tandas, aku akan ke tandas bersama kawan, Yuzlyana namanya. Tu best friend aku, budak Kampung Bunut Susu, Kelantan. Darjah 2 dia dah balik Kelantan. Kadang-kadang dengan best friend lain, Suzi ataupun Wan Norhuraizah. Kami sama-sama masuk tandas. Seorang menyelesaikan hajat, tak kira besar atau kecik, seorang lagi berdiri memandang pintu tandas. Takut hantu orang kabo.
Setiap hari di samping bekal makanan dan air, mak bagi lima posen. Lebih dari cukup. Tak tau nak beli apa. Dah makan nasi goreng bekal, perut dah kenyang.
Hari-hari berikutnya kalau sekolah pagi memang arwah Ayah hantar kami. Balik naik teksi (beca). Sebelom balik tu beli dulu satay ikan kuah pedas. Kadang-kadang kuah manis. Orang tu jual kat luar pagar sekolah. Belen tiga posen masuk tabung. Kalau sekolah petang, pegi-balik naik teksi Pok Mang (pakcik Osman namanya).
Mak kata naik teksi Pok Mang je. Kalau ada sape saja yang datang nak jemput balik, jangan ikut. Kalau pun orang tu kata mak/ayah mintak tolong dia jemput, pun jangan ikut. Macam-macam senario Mak bagi. Kami adik-beradik mengangguk. Teksi Pok Mang idaman hati.
Darjah 5. Belakang dari kiri : Wan Norhuraizah, aku dan Suhaina. Depan dari kiri : Suzi, Suhaida dan Norzaliza.
3 comments:
norul..sy satu hapah x igt dh memory time masuk darjah 1 dlu..abiz kna delete dh niee...uhuk3x...
samala...nono....dila pun x ingat sgt...yg palaing ingat, heri pertama balik sekolah jalan kaki...ingat dah tertinggal bas...
cikpuding,
takpe. sekarang dah jadi orang yang berjaya ;-)
dila,
heheh.. dulu relek je budak darjah 1 leh jalan kaki kan..
Post a Comment