Monday, December 28, 2009

"Mama.. terlekat. Tolong Naim" I

"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

==========================================================================================

Dah lama aku nak bawak anak-anak pegi Petrosains. Anak-anak mesti suka. Tambah pulak abang aku pernah bawak anak-anak dia. Best sangat kata budak-budak tu. Walaupun sekarang cuti sekolah tapi aku gagahkan jugak sebab mengenangkan kalau Naim dah sekolah.. memang takde can nak pegi. Takkan nak ponteng sekolah ye dak.


Sebelum ke KLCC aku ingat nak pegi beli kasut Naim. 2 pasang kasut yang ada dah kecik. Crocs yang sebelum ni pun dah kecik. Aku bagi idea kat husband aku nak belikan lagi satu Crocs kat Naim. Sian pulak tengok Adik pakai tapi dia tak pakai. Kasih sayang anak kena sama rata. Tak boleh ada yang terlebih, tak boleh ada yang terkurang.

Ada 2 butik Crocs yang jual markdown price. Satu kat MINES. Lagi satu kat Sunway. Kami memilih untuk pegi MINES sebab dah pernah pegi sebelum ni. Senang terus terjah je kalau sampai MINES nanti.


Tujuan aku belikan Crocs hanya satu : memudahkan anak-anak aku nak pegi toilet bila travel. Kasut tu boleh kena air. Lasak. Tak rosak dan tak berbau kalau kena air. Itu sahaja.


Boleh je nak pakaikan selipar Ben10 tapi tak bertutup. Aku ni kalau bawak anak-anak ke shopping complex memang make sure kanak-kanak tak sejuk, ie baju berlengan panjang dan seluar panjang. Baik lelaki baik perempuan sama. Takde gown, takde sleeveless, takde bermuda apatah lagi shorts. Biar tak moden tapi anak-anak aku tak sejuk (kadang-kadang pakaikan jaket in case aircond sejuk sangat) dan pastinya menutup aurat dan berpakaian sopan. Camtu jugak ngan kaki. Nak kena bertutup.


Sampai di KLCC.. kami parking kat P1. Naim keluar dengan Crocs barunya. Ayah pegang Adik. Mama pegang Abang. Ayah ngan Adik jalan depan. Mama ngan Abang kat belakang. Kami naik escalator. Sampai kat atas (level Burger King) Ayah dan Adik dah sampai. Tiba-tiba aku dengar Naim jerit,

"Mama.. terlekat. Tolong Naim".


Sepantas kilat aku pandang Naim.


bersambung...

1 comment:

Dila said...

Nono...apa berlaku kt Naim...suspen nih...
selalu gak dpt email pasal Crocs ni...selalu terlekat kt escalator...hopefully x ada apa2 lah...