Tuesday, December 22, 2009

kisah dan teladan

Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya Allah itu berada lebih dekat daripada urat leher kita.

==========================================================================================

kisah ni berlaku pada adik ipar kakak aku.. umurnya 29 tahun..


kejadian tu berlaku 2 minggu lepas masa dia nak gi keje.. baru nak start enjin keta.. tetiba dia fit.. mata terbeliak ke atas.. badan keras kejang.. all this while dia sihat.. takde masalah kesihatan.. husband dah panik terus bawa si isteri ke hospital kat damansara.. masuk wad.. dia koma..

kakak aku pegi tengok malam esoknya sebab kakak aku ni memang sedia maklum dengan bizinya.. tak sempat nak gi tengok earlier.. kata husband dia.. malam sebelum tu dah 10 kali dia fit.. doktor buat biasa jer.. nurse cuma kata.. kesiannn.. (cam citer Madu Tiga lak).. hospital dah buat EEG..

kata kakak aku.. apa kejadahnya la buat EEG sedangkan dah tau fit tu effected brain?

tak boleh jadi.. lepas settle kan bil (RM15K++.. gilo apo??? sib baik ada insurans.. action takde apa tapi charge giler mahal).. panggil ambulans bawak adik ipar dia ke HKL.. biasalah kan.. hospital prebet ni profit based.. jadi puan-puan.. lepas ni elok la puan-puan pegi hospital gomen.. kalau sakit biasa takpe nak pegi prebet.. tapi kalo sakit kritikal nih.. duit je yg dia nak.. treatment jauh lebih baik di hospital gomen..

sambung balik citer tadi.. sampai HKL treatment diberikan..

boleh dikatakan tiap-tiap hari aku akan tanya kakak aku progress dia.. (bila kita pernah sakit, kita memang nak tau sangat progress orang sakit. doa sentiasa supaya Allah buat yang terbaik untuk dia. tak sanggup tengok dia menderita.)

kata kak long.. dia ingat-ingat lupa..
kena orang uruskan dia.. sebab terbaring kat katil je.. kena pakaikan dypers..

kekadang dia bertanya tentang anaknya.. berapa umurnya.. lelaki ke perempuan..

hari tu dia nak terjun bangunan..
hari tu menangis-nangis.. katanya dia dah nak mati..
masa koma hari tu.. mengalir airmatanya.. tak siapa yang tau apa yang ada di fikirannya..

Ya Allah.. insafnya..

kata kak long.. Allah Maha Kaya.. Maha Berkuasa.. sebab tu kena ingat Dia sentiasa.. Dia boleh buat apa sahaja sekelip mata.. tanpa alarm.. hidup ni kena sentiasa beringat..

sekarang masih di HKL dan beransur pulih.. yet dia still fit sumtimes.. ingatan pun tak cam dulu.. of course la kan.. fit ni effected brain.. kata kakak aku.. it takes time to fully recovered.. mungkin jugak tak fully recovered.. mungkin paralysed.. mungkin ingatan tak macam dulu.. mungkin apa saja boleh berlaku..

Ya Allah.. aku rasa insaf sangat.. takut pun ada.. aku takut diuji sedemikian rupa.. Allah takkan buat sesuatu dengan sia-sia kan.. pasti ada sebab sesuatu tu berlaku..

mungkin kaffarah ke atas dosa kita..
mungkin petunjuk bagi keluarga kita..
mungkin juga petunjuk untuk insan yang melihat..

andaikata itu kaffarah.. banyak yang perlu dimuhasabah.. hablum minallah.. hablum minannas..

kalau seorang isteri.. kena jaga tuturkata dan tingkah laku dengan suami..
kalau seorang anak yang belum berkahwin dan anak lelaki khasnya.. kena jaga tuturkata dan tingkah laku dengan ibu..

sedikit terguris di hati ibu.. dah mengundang dosa pada seorang anak.. camtu jugak dengan seorang isteri..

husband aku pun heran agaknya.. aku asik mintak maaf je ngan dia.. takut sebenarnya.. takut ada dosa ngan dia.. sebab husband aku ni baik orangnya.. kotla dalam senda gurau tu aku ada terkasar bahasa ngan dia.. sape tau kan..

jadi sempena tahun baru ni.. aku menyeru kepada semua dan kepada diriku sendiri.. sama-samalah bermuhasabah.. dan berhijrah ke arah yang lebih baik.. hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perbuatan yang sia-sia.. moga kehidupan kita diredhai di dunia dan akhirat.. dan mati kita dengan husnul khatimah.. Amin..

No comments: