Tuesday, December 29, 2009

"Mama.. terlekat. Tolong Naim" episod akhir

"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

==========================================================================================

inilah rupa kasut tersebut..

kat bawah tu kotak kasut Bublegummers. Lepas kejadian tu kami terus ke kedai kasut Bata. Terus aku belikan kasut Bubblegummers bersaiz 3 kat Naim yang harganya kurang RM20 daripada Crocs. Itu lebih baik. Jauh lebih baik.

Tapi di sebalik apa yang berlaku kena pikir sebab musabab. Allah takkan buat sesuatu dengan sia-sia kan. Mungkin duit yang aku belanjakan tersebut dari sumber tak halal, yang memang dah disuratkan bukan milik aku atau mungkin niat aku memiliki Crocs terpesong atau apa sahaja kemungkinan.

Yang pasti itu kifarah dari Allah dan aku redha. Apa pun aku redha asalkan anak-anak aku selamat.
Kalau jadi sesuatu yang tak baik pada anak-anak aku, seumur hidup penyesalan aku takkan berakhir. Allah masih sayangkan kami. Itu peringatan dariNya. Sujud syukur aku pada Allah di atas segala kurniaan dan kasih sayangNya..


3 comments:

Effa Ahmad said...

org dewasa guna pun kadang2 tersadung...

kalau kat escalator subang parade..memang siap ada notice pasal kasut ni..walaupun tak cakap jenama tp ada gambaq...
rasanyer bkn crocs jer...semua kasut yg materialnye sama cam crocs pun bahaya.

azi_hafiza said...

astaghfirullahalazim... nasib baik xde apa2 ngan si naim tu, tp confirm dia terkejut kan nono? takut plak azi dgr story mcm ni.. minta dijauhkan...

cahaya petunjuk said...

kak effa,
maka benarlah kata-katamu itu..

azi,
dia memang terkejut. sib baik tak trauma nak naik escalator.

moral : takyahla pakai crocs dan yang seangkatan dengannya..