Wednesday, December 30, 2009

life is so hectic part 1

"Sesungguhnya Al-Qur'an itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibrail), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy, yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya."

(Al-Takwir : 19-21)

==========================================================================================

Lenguh kaki tak ilang lagi ni dek kerana berdiri lama kat sepital. Nak duduk, geli makanya berdiri je lah..


Kisahnya bermula semalam..

Aku dah siap-siap nak ke ofis.. maid aku bagitau ada gatal-gatal kat perut dia. Dia tunjuk kat aku. Aku rasa cam kena gigit ngan serangga. Merah beberapa tompok. Katanya sakit bila ditekan. Dia tunjuk lagi ada kat bawah mata kiri.

Hmm.. cam biasa aku kena consult Kak Long.
Kata Kak Long dia pun tak boleh nak diagnose sebab dia tak dapat tengok but most probably insect bites. Maybe serangga dalam hutan.. (maklum sajalah umah aku tu kan kawasan baru tepi taman tu belum diteroka.. uh bunyi cam hutan banat lak), possibly serangga dalam hutan ni Scrub Thypus. Scrub Thypus ni boleh affect buah pinggang. Ah sudah.. tak ke saspen aku dengar tuh.

Atas nasihat Kak Long, aku pun bawak dia ke KK Putrajaya.

Ayah jaga Naim Najwa kat rumah. No hal punya bagi Ayah. Anak-anak ni kalau dapat stay ngan Ayah memang heaven. Ayah memang pandai melayan kids compared to aku. Hahahah.. alhamdulillah tu kemudahan yang Allah bagi kat aku. Ehem ehem.. tapi kalau dah nama ayah mesti boleh jaga anak kan. Takkan sume nak serah kat sang isteri. Heheheh..


Ok sambung balik scene aku dan maid di KK Putrajaya. Disebabkan dia foreigner, registration fee kat klinik ialah RM15. Sampai kat Triage aku request untuk jumpa specialist tapi misi gagal.

After waiting about 1 hour, kami pun jumpa doktor. Apa kata doktor? Maid aku kena shingles!!! Arghhhh!!! Lebih saspen dari tadi. Dan lebih scary.

Aku try find out cemana dia leh dapat shingles. Makan cukup kat rumah aku tu. Bukannya dia tak makan. Teruk sangat ke keje ngan aku? Stress ke dia? Rasanya ok jer. Naim Najwa tu banyak yang boleh buat sendiri. Tak bergantung mana dengan maid. Ah! Buntu rasanya.


Dengan pantas aku mintak Acyclovir dari doktor. Aku tau ni ubat chicken pox and shingles. Tapi doktor tak bagi. Katanya ni sikit je. Dia mintak aku monitor dulu. Lagipun kalau Acyclovir tu nak kena consult ngan specialist. La.. consult la.. afterall dia kan MO.. memang kena consult ngan specialist. Dah ada kat mata lak shingles tuh! Supposedly dia kena consult ngan specialist (uh! aku lak yang mengajo dia). Again, aku failed. Tak dapat acyclovir.

Doktor cuma bagi calamine lotion, PCM dan chlorpheniramine. Uh.. aku pun leh bagi ubat cenggitu. Calamine ubat gatal, PCM pain killer,
chlorpheniramine tu antihistamine untuk allergic/tahan gatal.

Cemana ni? Kalau apa-apa jadi kat mata dia cemana? Aku tau how bad and how suffer shingles is..

bersambung...

No comments: