Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Ulangtahun

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."

(Al-Maidah : 51)

==========================================================================================

aku mengenalinya ketika berusia 18 tahun

bukan mudah untuk aku menukar status kawan kepada 'lebih daripada seorang kawan'
aku menadah tangan memohon kepada Yang Maha Esa moga dianugerahkan insan yang terbaik buatku..
insan yang memilihku bernawaitukan Lillahi Taala
hanya itu pintaku melalui doa
segala-galanya Lillahi Taala.. Lillahi Taala..

ikatan itu dipatrikan dengan tali perkahwinan
7 tahun kemudian
daripada berdua, kami hidup bertiga.. dan kini berempat..
anugerah dari Allah yang tidak ternilai..

saat suka kami lalui bersama dengan gelak tawa
saat duka dan getir turut dilalui bersama dengan runtunan hati yang sangat terkesan di jiwa

seurat demi seurat rambut berguguran.
warna kulit semakin gelap.
sesekali kukutip kulit kering menggelupas yang bertaburan di lantai sebagai sel mati.
kuku semakin biru.
terkadang terlantar.

namun..
dia tetap menerimaku

menemaniku..
pada saat aku tidak seperti dulu
kasihnya tetap utuh buatku
tiada dua tiada tiga
walaupun pada ketika itu aku sendiri merelakan apa sahaja yang berlaku
hakikat yang harus aku terima
kerana aku pasti dengan janji Allah..
namun itu bukan janjinya padaku pada ketika akad yang dilafazkan 7 tahun yang lalu..

buat suamiku,
terima kasih di atas pengorbananmu selama ini

terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan
terima kasih kerana menerima aku seadanya
terima kasih di atas segalanya kerana terima kasih ini lebih daripada kata-kata yang diucapkan dan dinukilkan pada sekeping kertas..

Ya Allah.. sujud aku padamu tanda syukur dengan kurniaan pasangan hidup yang Engkau kurniakan padaku.. doaku selama ini telah Kau kabulkan. tiada lagi yang lebih istimewa selain dari mendapat kebahagiaan dan ketenangan hidup sepertimana Engkau anugerahkan kepadaku sekarang ini. janganlah Engkau menarik ketenangan dan kebahagiaan ini Ya Allah..

Buat suamiku yang dicintai..
Selamat menyambut hari ulangtahun..
Semoga dirimu sentiasa di dalam rahmat dan keredhaan Allah..
Semoga ikatan yang dibina berlandaskan nawaitu Lillahi Taala ini berkekalan dengan penuh kasih sayang..
I LOVE YOU VERY MUCH..


2 comments:

azi_hafiza said...

sekejap jer masa berlalu... skrg umur pun dah lebih 30.. Moga jodoh Nono & Salman berpanjangan...

cahaya petunjuk said...

Amin. tq azi..