"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman."
(Ali-Imran : 139)
(Ali-Imran : 139)
==========================================================================================
aku terbaca ayat-ayat cinta ni daripada emel seorang kawan.. rasa nak share dengan para pembaca..
buat sahabat-sahabatku yang gagal dalam kehidupan berumahtangga.. teruskan hidupmu.. ingat Allah setiap masa.. setiap detik kerana..
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita MENDAPAT KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya dapat mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan..
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang bukan semua orang berpeluang dapat mengalaminya.
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabatku yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tidak pasti sama ada masih menjadi milik kita. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.. Percayalah sesungguhnya Allah tidak menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya.
No comments:
Post a Comment