"Dialah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dialah Yang Amat Mengetahui akan (segala isi hati) yang terkandung di dalam dada."
(Al-Hadid : 6)
(Al-Hadid : 6)
==========================================================================================
Lokasi : Bilik Mesyuarat XX
Masa : 1.17 tengahari
Perdebatan masih hangat. Masing-masing memberikan idea yang dirasakan terbaik.
"Ish.. apa kejadah masih berada di dalam bilik ini di kala umat manusia lain sedang melayan dendangan perut yang berkeroncong. Andai penulis punya ilmu Bio-Nik.. sudah lama ilmu itu diadaptasi ke dalam kehidupan seharian."
Tut tut tut tut..
"Naim.. Mama meeting. I'll call you back later."
-end call-
Telefon bimbit yang harga tak seberapa tetapi masih boleh berfungsi antara lain sebagai jam penggera diletakkan kembali di atas meja.
Bling bling.. astaga wa laga aspalole.. baru penulis terjaga dari mimpi. Sebentar tadi yang membuat panggilan telefon ialah anak penulis, Naim namanya. Kasihan. Penggunaan skrip menjawab panggilan telefon tersebut persis insan berumur 6 tahun itu memahami suasana bermesyuarat.
Amaran : Jangan sesekali menggunakan skrip yang sama ketika menerima panggilan telefon di kala mesyuarat bersidang.
1 comment:
hehe lawaks :)
Post a Comment