"Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan."
(Al-Hadid : 5)
(Al-Hadid : 5)
==========================================================================================
entry ni aku tujukan khas buat adikku yang kini mungkin masih bersedih hati dengan berita yang diterima..
buat adikku..
hidup ini satu perjuangan.. hidup memerlukan keberanian untuk menghadapi apa sahaja ujian dariNya.. tiada erti putus asa.. tiada erti mengalah..
hidup perlu diteruskan walau sesukar mana pun.. kuatkan semangat, tabahkan hati, cekalkan diri.. ikhtiar sebaik mungkin.. else we leave to Allah.. tawakkal padaNya.. Allah knows what is the best for us..
adikku..
selangkah kita rapat pada Allah.. seribu langkah Allah merapati kita.. jangan bersedih dengan ketentuan Ilahi kerana Dia Maha Mengetahui.. segalanya telah tersurat di Luh Mahfuz..
segala ujian dan dugaan yang datang itu tandanya Allah sayangkan kita.. Dia Maha Penyayang.. Maha Pengasih.. tidak akan diuji hambaNya jika hambaNya tidak mampu menanggung ujian itu.. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
adikku..
aku sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk dirimu.. di dunia dan di akhirat.. and I will always be your shoulder to cry on.. jangan bersedih lagi.. kenangkanlah kasih sayang Allah nescaya dikau akan merasa amat bersyukur dengan ujian yang menimpa dirimu.. dan itulah kekuatan yang tidak ternilai yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata!
gunakan kesempatan yang ada ini dengan memperbanyakkan mengingatiNya.. ingatlah Dia sentiasa.. Dia juga akan sentiasa ada bersama kita.. kekuatan jiwa hanya dariNya adikku..
No comments:
Post a Comment