"Dialah yang awal dan yang akhir; dan yang zahir serta yang batin; dan Dialah Yang Amat Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Al-Hadid : 3)
(Al-Hadid : 3)
==========================================================================================
entry aku kali ni nak bercerita pasal seorang sahabat aku, E..
aku kenal E dah 14 tahun..
kami merupakan sahabat akrab..
sabtu lepas aku rasa tak sedap hati..
my mind keep thinking of her..
entah kenapa..
memang aku mengetahui E kurang sihat..
dan E ditimpa ujian yang memerlukan kekuatan jiwa..
tut tut..
khidmat pesanan ringkas aku terima daripada salah seorang sahabat, N..
N juga merupakan sahabat E..
katanya E di hospital..
Ya Allah..
sixth sense kurniaan Allah..
betulla rasa tak sedap hati aku tu..
hari sabtu aku dan keluarga bersama A ke hospital melawat E..
aku, E dan A merupakan sahabat yang akrab.. dulu.. kini dan selamanya..
dan itulah yang aku khabarkan kepada anakku..
anak-anak seharusnya mengetahui sahabat-sahabat akrabku..
moga jika aku telah tiada nanti tidak diputuskan ikatan silaturrahim..
moga anak-anakku dapat membantu andaikata ada di antara sahabatku ditimpa musibah di hari tua nanti..
pembedahan kaki yang patah dan bukulali yang dislocated baru saja dijalankan ke atas E..
runtun hatiku melihat E..
melihatkan wajahnya..
masih terbayang di ruang mataku gelak tawa aku dan dia pada satu ketika dulu..
kisah gila-gila remaja kami satu ketika dulu..
kisah kami dan secret admirer..
kisah kami dan lukisan gajah..
kisah aku meniru latihan matematiknya..
E sangat mahir dalam ilmu kira-kira..
dan aku sangat mengaguminya..
mengenangkan perkongsian cerita kami..
melihatkan wajah anaknya yang masih kecil..
mengenangkan E yang berbadan dua..
dan mengenangkan liku-liku yang telah dilalui dan bakal dilalui di dalam hidup E..
begitu sekali ujian untuk E..
Ya Allah..
cukup menginsafkan..
sekelip mata segalanya boleh berlaku..
tidak ada sesiapa yang dapat melawan takdir..
tapi aku tau..
E seorang yang kuat..
E seorang yang tabah..
E seorang yang cekal..
hidup ini tiada erti putus asa kan..
buat sahabatku, E..
dirimu sentiasa di dalam doaku.. aku sentiasa berada di belakang menyokongmu.. akan kucuba membantumu selagi diizinkan Allah.. tapi percayalah E.. Allah Amat Menyayangimu.. dirimu insan terpilih dariNya.. kuatkan semangat.. tabahkan hati.. syurga menantimu wahai sahabat!
"Tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya berada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Genggam Al-Qur'an, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tetapi indah!"
3 comments:
assalamualaikum...
saya bukanlah siapa2... kamu pun tidak kenal saya... tapi secara tidak sengaja saya dah termasuk ke blog kamu... dan membaca coretan kamu di sini memberi saya ketenangan...
Semoga Allah melindungi sahabat mu yg juga shabatku itu....
angah,
terima kasih. jemputla singgah ke blog saya lagi..
dila,
insyaAllah..
Post a Comment