Tuesday, October 13, 2009

bila kami bertemu

"Dan jika kamu terus menerus mendustakan (ajaran agama Allah yang aku sampaikan kepada kamu), maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu juga telah mendustakan (rasul-rasulNya); dan (ingatlah!) tugas rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata."

(Al-Ankabut : 18)

==============================================================

dah pukul 1 ni aku nak spent masa sket nak update follow up check up aku Isnin lepas.. ingatkan takde apa nak update but since my dear Zam dah bertanya.. aku update sket.. anyway thank you for your concern dear..


check up macam biasa.. maksud aku macam biasa tu ialah.. takde apa yang buat aku stunned.. luarbiasa tu hanya terjadi bila aku yg noticed ada yang luarbiasa.. doktor ni kalau tak dikabo kepelikkan pada aku.. memang takde apa yang memeranjatkan.. kecuali doktor feveret aku yang susah benar aku nak jumpa tuh..

aku memang selalu meraba-raba leher aku ni.. kalau-kalau ada yg pelik kan.. tapi rasanya takde.. rasanya? ntahlah.. kadang-kadang aku penat dengan mengecheck.. ish.. takleh gitu.. hidup ni satu perjuangan kan.. aku ok ni.. tak give up ngan hidup yang penuh pancaroba nih..

so far alhamdulillah.. aku nyer TCA pas ni lagi 6 bulan.. pastu maybe setahun sekali.. scan of course kena buat setahun sekali.. hmm.. pasal citer lebih yang kita bersms tu i emel to you jer la yer Zam! takleh citer kat sini.. heheh..

masa aku kat hospital tu kan.. aku berkenalan dgn sorang patient ni.. muda 2 tahun dari aku.. dia tengah cuti sakit.. Non-Hodgkin Lymphoma.. macam-macam yang kami sembang.. maklumla.. sama-sama pernah lalui chemo.. tinggal lagi dia tak buat BMA (bone marrow aspiration) cam aku buat.. dia tak buat radiotherapy cam aku buat.. dan dia buat treatment masa stage II compared to aku yang buat treatment masa dah stage IV.. walaupun aku Hodgkin.. tapi banyak yang boleh dikongsi.. siap bertukar no tipon lagi..

kekadang aku rasa macam nak join MAKNA.. tapi tak terjoin lagi.. Kak Long dah soh aku join.. katanya boleh bagi semangat kat pesakit kanser.. aku nak jer.. suka betul profession ala-ala cik sri siantan nih.. tengoklah nanti..

aku tengok dia bawak air sebotol.. aku suspect dia tengah buat chemo or post chemo.. camtulah aku dulu.. sehari aku paksa minum air masak 5 botol bekas tupperware 1L tu.. masa tu air masak pun rasa payau ke apa aku pun takde perkataan nak describe rasa air tuh..

kejenya keluar masuk bilik ayor je lahh.. sebab kata doktor aku kena minum banyak air.. takut ubat tu berkumpul kat buah pinggang.. nanti sakit lain pulak yang datang.. dan habit minum air masak tu berlanjutan sampai sekarang.. tapi takdelah 5L aku minum setiap hari.. aku paksa 2L pun jadilah.. tak kose nak ke bilik kecik lak nanti..


bila aku kenang balik keadaan aku dulu kan.. ntahlah.. Allah Maha Penyayang kan.. dan itulah yang aku sembang ngan Mira (memang nama sebenar).. sangat menyentuh hati dan perasaan bila pesakit kanser bertemu pesakit kanser.. dan kami berada di dunia kami.. dunia yang sama buat kami..

1 comment:

Dila said...

alhamdulillah....lega dila dengar...
pernahdengar tak pes buah delima lelili...ada ofismate yg ckp..memang bagus utk membunuh sel2 kanser...die kata hanya di jual di penang je...