Wednesday, August 05, 2009

kelas kesihatan

"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

(Al-Maidah : 90)

==============================================================

hari ni aku nak citer pasal kesihatan dan piramid makanan macam dalam entry aku yang lepas.. aku petik info ni dari blog mareld.. psstt.. mareld.. takpe yer copy paste..

mengikut kata mareld yang baru je jumpa dengan dietition :

piramid makanan yang perlu dipatuhi

1) mkn 3x sehari..jgn skip any meal...

*kan betol kata aku.. jangan skip meal..

2) nasi blh mkn each meal tp make sure 1 MANGKUK shj..sama la kalu nk mkn bihun ke,mee ke,1 mangkuk jer..
*ok per makan nasik bagi sesape yang diet nasik.. Su.. kan Kak Norul dah pesan.. cuma pengambilan kena betul.. semangkuk nasi = semangkuk bihun.. asasnya sama.. beras.. jangan diet tapi poie makan biskut tau! biskut tu lagi tinggi kandungan gula.. daripada nak diet dapat kencing yang tak tawar pulak nanti..

3) teh or coffee (tanpa gula) boleh 2x sehari
*ni sesuai untuk orang yang ada diebetic sahaja yer.. yang takde diebetic jangan buat gini.. kelak binasa badan dek kerana tidak ada tenaga yang mencukupi.. tapi janganlah terlebih amik gula lak.. 1 sudu yang gulanya rata (bukan membukit) sahaja untuk setiap cawan..

tambahan : pesan dari kakak aku..

4) susu
jangan lupa pengambilan susu sebab susu akan bekalkan kalsium untuk tulang kita supaya tak berlaku osteoporosis di usia emas nanti.. untuk orang macam kita ni (yang kejenya dalam air-cond jarang mendapat vitamin D yakni cahaya matahari pagi).. amat mudah untuk mendapat osteoporosis..

kalau ada iklan yang kata ada susu untuk usia emas tu.. tu hanyalah iklan ye puan-puan.. usia emas ni dah takleh nak membantu dalam pencegahan.. pencegahan tu sepatutnya dimulakan dari muda.. maka mulai jam ini.. amikla susu setiap hari.. kalo takut gemuk.. leh amik susu rendah lemak..

5) makanan tambahan
tak perlu mengambil sebarang supplement melainkan dengan nasihat doktor.. amik origin food yang langsung tak mengandungi bahan-bahan penahan, eg bahan yang bagi supplement tahan lama (apo ko bondo ntah namo eh).. mustahil takde letak sumthing utk bagi tahan lama.. makanan yang dibiar sehari pun leh basi.. inikan pulak campuran makanan-makanan yang ada banyak vits..

bukan sahaja pil.. ini termasuklah air-air 'mujarab' yang galak dijual di pasaran sekarang.. ditapis berapa saringan.. pastu jernih.. boleh ubat sakit itu dan ini.. kenapa jangan amik? sebab pengeluar barangan tu sendiri pun tak berani nak commit for evidence based.. memang derang kata dah diluluskan oleh KKM.. tapi cuba bawak produk tu jumpa KKM.. or ajak derang jumpa KKM.. anda akan temui jawapannya!

saya bercakap sebab saya pernah sakit.. dan sepanjang rawatan saya.. takde sorang pun doktor yang suggest supplement kat saya.. pesan mereka.. makan ikut piramid makanan.. jangan terlebih jangan terkurang..

itu bagi saya yang pernah sakit.. kalau yang sihat segar bugar jelita hensem ni.. lagi la tak disarankan..

kita tak tau apa yang terlebih dalam badan dan apa yang terkurang dalam badan kita sendiri.. how come we take the supplement without knowing well inside our body? without consulting the doctor?

saya amik contoh.. badan kita dah cukup vitamin C.. tapi sebab kita tak tau.. kita amik jugak multivits or vitamin C.. tahukah anda bahawa vitamin C yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan sakit buah pinggang? mesti tak tau kan.. dah tau mesti rasa scary.. tu baru vitamin C tak masuk vitamin lain lagi!

kalau betul nak amik.. carilah makanan yang ada vits C macam limau, air ribena, etc.. kalau ada soklan.. tak ke sama amik limau ngan amik pil vit C? tak sama dek non ooiiiiii.. banyak mana sangat limau tu yang kita leh makan dalam satu hidangan.. sebiji pun dah buntal perut ni..

tapi kalau pil? tahukah pengambil vits C berapa kandungan miligram dalam pil? berapa pulak kandungan vits C dalam sebiji limau?

limau disertai dengan air.. yang bagi serat serta pelawas.. pil vitamin C boleh bagi air? boleh bagi pelawas? air yang kita minum masa telan pil tu ada ler.. fikir-fikirkanlah..


kalau ada yang berpendapat makan supplement tu sebab nak elak daripada dapat sakit.. saya rasa adalah lebih baik makan makanan asal itu sendiri..

macam tu jugak ngan air yang dijual tu.. sape yang boleh buktikan air/apa sahaja yang claim boleh bagi kesihatan tu benar? kalau betul nak buat kajian.. testimoni tu perlu berusia 50-60 tahun tau! kita tak tau in future apa akan jadi pada kita dengan pengambilan bahan-bahan yang dikatakan menyihatkan tubuh tu.. tak jadi pada kita.. anak cucu kita sebab bahan yang kita amik akan jadi darah daging dan bawak gen pada keturunan kita..

dalam masa yang sama kita jugak kena bersenam.. lapan lapan lagi..

usia dah lebih 30 tahun ni metabolisme dah tak tinggi.. badan pun dah tak mampu nak bekerja keras macam masa muda-muda dulu.. banyak lemak yang terkumpul.. sisa toksik yang tak diingini..

jadi kita buang dengan bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat.. jangan makan makanan rapu, eg. super ring, mamee, cheezels (pesanan ini ditujukan khas bukan sahabat aku yang sangat menyintai makanan yang dinyatakan di atas)


jadi di ruangan kesihatan ini.. saya ingin mengajak kawan-kawan untuk mengamalkan cara pemakanan sihat di samping melakukan senaman yang dapat menyihatkan badan insyaAllah!

sekian dulu ceramah kesihatan untuk kali ini.. kita berjumpa lagi di lain siaran di waktu dan hari yang sama minggu depan..

Assalamualaikum

5 comments:

Anonymous said...

wslm..
alhamdulillah..mekacih knrl..kena praktik betol2 pahni ;)

cahaya petunjuk said...

saba,
jom kita sama-sama amalkan cara hidup sihat!

hafizah hamid said...

bagus betul la post ni..trima kasih ye atas nasihat yang berguna nih...

Noorz said...

Baguslak kawan ku nihhh dietatition pun bleh...:)

cahaya petunjuk said...

fizah,
entry kesihatan nih.. heheh..

noorz,
hahah.. all rounder you!