"Dan tiap-tiap seorang manusia, Kami golongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan padanya kitab (suratan amalannya) yang akan didapatinya terbuka (untuk ditatapnya)."
(Al-Isra' : 13)
(Al-Isra' : 13)
================================================================
ni citer ketiga aku..
7 Julai lepas aku ada appoinment dengan hematologi.. just nice aku pun tengah MC (MC 2 minggu la katakan.. hiks!) takdela kejenya ngadap bos kabo nak gi spital jer.. heheh..
macam biasa pegi hospital ni hubby akan temankan aku.. tapi dek kerana kami lambat bertolak.. maka angka giliran pun lambatla.. rasanya tengahari baru dapat jumpa tuan doktor..
gedebak gedebuk gedebak gedebuk (asik gedebak gedebuk sajer aku ni --> menunjukkan proses mendapatkan result CT scan aku tu bukanlah mudah seperti yang dijangkakan).. finally aku berjaya dapat result tu..
"The result shows all are good except your thorax. There is one node size 2.7cm x 1.6cm at your thorax area. Actually I tak dapat nak trace your previous result in your file so I can't compare whether this is a good news or bad news for you. So do you remember the previous size of the node?", kata doktor yang merawat aku tuh..
laa.. tanya aku laks.. manala aku ingat saiz tuh.., bilang aku dalam hati..
sedikit gubra dah terasa.. maunya tak.. aku dok rasa kat leher yang cam ada nodes bengkak.. alih-alih tang thorax lak yang dia jumpa.. saspen sehhh..
"Do you bring your old book?", doktor tu tanya aku lagi..
laa.. last time ketua jabatan kata takyah bawak.., bilang aku dalam hati lagi..
"I'm not sure about the size and I didn't bring the old book as Dr. C _ _ _g said no need to bring it. But all the films are still with me. Do you want me to bring all those films?"
"No. Nevermind but what you should do is to check the previous result in that book or either check in with the result that attached with the films. Tapi you jangan pikir bukan-bukan ok. I'll write down the size in your book so that you can compare it with the previous result. If you find that the previous size is smaller then the latest result, then you should come and see me immediately. Otherwise just ignore it. Remember, jangan pikir bukan-bukan ye.", kata doktor tu nak bagi aku jangan takut..
"But doctor.. my concern is neck area.. and that is why I'm requesting to do the CT scan. So what about my neck? Is there any abnormal nodes?"
"There is no nodes that you should worry about your neck. Cuma ada kecik-kecik saiz yang kita tak kategorikan as a dangerous or cancer nodes."
"If the result shows that the new one is bigger than the previous one, then what will be your next plan?", tanya hubby aku..
"Then we should repeat the CT scan".
Allahuakbar.. kepala otak aku dah ligat pikir.. apa lagi ujian untuk aku kali nih.. aku dah tak sanggup nak lalu chemo lagi.. ada ke nodes yang baru? tapi kalau ada naper dia appear kat thorax (dada)? Kak Long pernah bagitau aku yang 'benda' ni mula dari atas.. maknanya dari leher.. kalau takde kat leher tapi ada kat thorax cemana pulak gayanya? apa dia sebenarnya?
aku memang dah tak sedap hati.. mengenangkan kalo result yang akan aku compare tu mengecewakan.. nak kena repeat CT scan.. (sigh).. dah tak sanggup nak kena drip banyak-banyak kali.. aku dah terbayang one day pasti aku kena drip thru leher or dada jugak.. (sigh)..
dan aku jugak tak sanggup nak lalu chemo lagi..
kata hubby aku.. memang once doktor pernah mention yang there is still ada parut kat thorax.. but I can't remember that.. tu yang buat aku rasa aku kena bina balik kekuatan yang satu ketika dulu subur mekar dalam jiwa aku..
sampai je rumah.. terus aku terkam buku lama dan all those films.. x-ray, CT scan, PET CT scan.. memang tak sempat mandi.. selalu kalau balik dari hospital.. 1st place yang aku terjah ialah bilik mandi.. membuang segala kuman dari hospital la katakan.. tapi kalo dah doktor kata lagu tu..takde ertinya mandi.. mandi pun dah tak khusyu' lagi..
CECT Neck, thorax, abdomen and pelvis - 25-8-06
Findings :
Comparison made with previous CT dated 8-5-06
Neck
.
.
.
Thorax
The anterior mediastinal nodes at the preaortic region is now smaller measuring 4.0 x 3.0cm. Previously it measures 5.0 x 3.5cm
.
.
.
.
itu je result terakhir yang ada ngan aku..
hanya Alhamdulillah yang mampu aku ungkapkan.. dan airmataku dah sedikit bergenang.. sekonyong-konyong datanglah anak-anakku..
"Kenapa Mama nangis?", pantas Naim bertanya sambil memegang tangan aku..
"Mama angan angis.. ati Adik pun angis.. Adik ayang Mama", sambil memeluk aku.. kurniaan Ilahi my lil' Najwa memang pandai memujuk..
tak mampu aku menjawab soalan anak-anakku.. aku cuba menyeka airmata daripada membasahi pipi.. tapi aku tewas.. anak-anak kupeluk erat.. seakan tidak mahu melepaskan mereka.. sukar untuk aku ungkapkan di sini..
anak-anakku.. kalian belum mengerti erti sebuah kehidupan..
Ya Allah.. sesungguhnya kasih sayangMu mengatasi kasih sayang sesama makhluk.. Engkau lindungilah hambaMu yang hina ini.. Engkau berikanlah kekuatan kepadaku sepertimana kekuatan kekasihMu menghadapi ujian hidup.. Engkau tingkatkanlah imanku dengan apa cara jua sekalipun.. Engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini di dunia dan di akhirat..
Engkaulah penciptaku.. Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata.. Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.. ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah..
dan pintaku yang tak berpenghujung.. Engkau peliharalah keluargaku daripada segala fitnah dunia.. lindungilah suami dan anak-anakku.. rahmatilah dan berikanlah keberkatan kepada kami sekeluarga.. bahagiakanlah ibuku.. lapangkanlah kubur ayahku.. letakkanlah rohnya di kalangan orang-orang yang beriman.. segala pahala yang Engkau kurniakan kepadaku.. kusedekahkan kepada ayahku..
Ya Allah.. aku amat merindui kasih sayang dariMu..
6 comments:
Alhamdulillah...lega dila dengar...
Punyala suspen baca td..rasa nk terus baca perenggan akhir...Dila pun tumpang gembira...InsyaAllah..nono akan pulih sepenuhnya...
Alhamdulillah..moga nono akan pulih sepenuhnya soon...as usual.. be strong my dear friend...
Alhamdullilah dear..syukur! panjang lagi perjalanan yang akan kita lalui...
Alhamdulillah...
leganya saba dgr berite ni...
syukur x terhingga ke hadrat Ilahi..sayang knrl...
sebak baca..syukur alhamdulillah.
saba,
luv u too.. always take a gud care of yourself ya!
milah,
syukur ke hadrat Allah.. semua adalah milikNya..
Post a Comment