"(Lalu Kami perintahkan kepadanya) : "Bacalah kitab (suratan amal)mu, cukuplah engkau sendiri pada hari ini, menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)""
(Al-Isra' : 14)
(Al-Isra' : 14)
==============================================================
abis dah cerita sentimental aku.. hari ni ada cerita lain pulak..
entry ni aku tuju khas buat seorang sahabat aku.. i know you read this entry..
mana-mana aku pegi.. tak dapat lari dari isu ni.. isu yang sering hangat diperkatakan ialah.. tension di tempat kerja.. bos garang.. bos tak berperikemanusiaan.. bos yang sering buat orang tak senang duduk.. bos yang suka bagi keje kat kita jer.. ingat kita ni robot ka? uh.. kalo robot sudah ku transform jadi Decepticon kan! akan ku jadi Megatron musnahkan segala-galanya.. teammate leh jadi Starscream.. kasi huru-hara skett....
hmm.. aku yang suka bermonolog ni dah mulakan ekspidisi tu sementelah anak-anak tido di petang Sabtu lepas..
flashback pengalaman kerja aku..
aku mula kerja 22 November 2000 sejurus tamat pengajian di salah satu pusat pengajian tinggi di utara tanahair.. Alhamdulillah.. murah rezeki untuk aku..
destinasi pertama cukup menggembirakan dan membahagiakan aku.. amat bahagia.. bos ramai.. rakan sejawat ramai.. beban tugas tak terlalu berat.. boleh juga dikategorikan sebagai comfort zone..
dari Petaling Jaya kami berpindah ke Putrajaya.. dari partition aku berpindah ke bilik yang dikongsi berdua.. keluasan bilik? toksah cakapla.. bak kata hubby aku.. mewah sungguh ye keje sini..
5 tahun lebih aku kat situ.. kemudian aku amik maternity leave 2 months disambung pulak medical leave 9 bulan.. aku naik keje balik.. tak sampai sebulan Allah murahkan rezeki aku dengan mengurniakan kenaikan pangkat.. dalam kesusahan pasti ada kesenangan kan..
tempat baru aku tu sangat tak seronok.. diulangi.. sangat tak seronok.. bukan tak seronok sebab takde bilik.. tak kisah duduk partition sebab memang tak patut dapat bilik.. opis lama aku jer yang mewah.. tak seronok tu sebab aku tak suka ngan keje yang aku kena buat.. psstt.. ada ke tak seronok ngan bidang yang aku sendiri pilih.. boleh gitu? tak patut.. tak patut..
keje yang totally different dengan previous tempat aku keje.. environment sangat berbeza.. bos pulak.. err.. takleh komen banyak.. tapi Allah je tau perasaan aku masa tuh..
dan rasa tak seronok tu terbawak-bawak sampe ke rumah.. anak-anak tak jadi mangsa.. sebab aku bukannya jadi garang tapi agak kemurungan.. hahah.. lawak pulak bila kata aku dilanda kemurungan.. sebulan jugakla aku dalam era setiap hari menunggu hari jumaat.. bukan hanya monday blues.. blues tu sampe hari khamis.. wakakaka..
kata Zam.. paradigm shift..
seperti biasa aku akan jumpa consultant aku.. Kak Long hanya dengar dan senyum aku dok citer pong pang pong pang.. abis aku citer tu.. Kak Long kata, "Tak matang lagi adik Kak Long ni rupanya", dan dia senyum.. especially bila aku citer tindakan tak rasional yang dah aku buat.. hahaha.. apakah tindakan tak rasional tu? takleh la kabo.. biarlah ia menjadi kenangan lawak buat aku..
masuk bulan ke-2 tu Alhamdulillah aku dah ok.. Kak Siti kata.. cemana aku leh recover secepat tu? tak padan ngan memula masuk and finally abis gitu jer..
hmm.. monolog lagi.. aku dapat jawapannya.. sebab Allah Maha Penyayang.. aku berdoa moga diberi kemudahan untuk aku.. ditempatkan aku di tempat yang terbaik untuk aku.. dan digembirakan hati aku dalam menempuh ilmu baru.. itu je ikhtiar yang aku ada.. dan Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar..
dan finally.. aku amat bersyukur aku ditempatkan di situ..
selain dapat environment baru dan kawan baru.. faktor utama buat aku bersyukur ialah.. aku rasa aku dah move one step ahead.. kalo aku still kat tempat lama.. sure aku akan berada di takuk yang sama.. yelah.. buat keje yang sama je kan..
itula yang aku dok sembang ngan Kak Siti.. ish.. takleh citer lebih-lebih.. dibacanya kengkawan aku dari tempat lama.. harus dikerjakan aku.. hahaha..
tapi skarang ni jabatan lama aku dah tak cam dulu.. dah tak menang tangan kan.. (ayat nak kaver ni.. hiks!)
tak sampai 2 tahun aku kat situ.. Allah murahkan lagi rezeki aku.. I've been promoted for a second time.. camtu sekali Allah nak bagi rezeki kan..
tempat baru aku ni takde orang suka.. kalau buleh jumpa bomoh gamaknya orang dah jumpa bomoh mintak jauh dari sini.. camtu sekali aku nak describe ketidaksukaan orang kat sini.. ex-bos aku yang nak tukar pun taknak tukar ngan aku kalo aku dapat kat sini.. memang beban di batu jemala patik tapi Alhamdulillah.. sungguh aku katakan.. aku tak stress kat sini.. walaupun terpaksa bangun pukul 3-4 pagi buat assignment.. tapi aku enjoy.. Alhamdulillah..
takleh citer lebih-lebih.. takut in future lain lak jadinya.. tapi as of now.. aku bersyukur.. dan moga perasaan hepi dan tak stress ni abadi dalam diri aku..
kalau nak stori pasal tempat aku.. aku sepatutnya dapat bilik yang tak dikongsi tapi aku hanya dapat partition yang lebih kecik daripada tempat aku sebelum ni.. sedikit magis yang dilakukan oleh jabatan aku.. hahahah.. tapi tu sume tarak hal..
walaupun tanggungjawab tu of course jauh lebih berat daripada sebelum ni.. tapi aku rasa banyak yang aku belajar.. aku amik masa 2 minggu jugakla nak sesuaikan dengan keadaan dan new job sini.. that's a very gud news for me.. 1st time kat tempat baru aku amik masa sebulan nak adapt.. 2nd time amik masa 2 minggu.. ok la tu..
dan bila aku bermonolog lagi.. kenapa aku tak rasa stress.. aku rasa sebab aku dah pernah lalu suasana kerja yang stress sebelum ni.. maksud aku.. kena marah ngan bos.. kalau dia boleh makan aku.. gamaknya dia dah ngappp aku time tuh.. kena ignore ngan bos sebab bos marah aku.. dan segala macam tekanan yang aku rasa.. tapi rasanya tu tak cukup lagi pengalaman stress kot..
masa tuh memang rasa cam nak benti keje.. tapi cemana la aku nak langsaikan utang rumah aku tuh.. uh.. sungguh tak rasional..
Kak Long ada gak tanya aku.. cemana kali ni? aku senyum jer.. ok Alhamdulillah.. kata Kak Long "That's my sis!"
"Hidup ni kalau asik berkawan tak ke mana.. kalau asik bergantung dengan orang pun tak ke mana.. bergantung dengan Allah sahaja. Tu dah cukup. Kehidupan lebih senang dengan lone ranger. Mesti berani nak tempuh hidup dan bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Bukan bermakna kita anti sosial tapi orang takkan tolong kita nak solve problem. Tanggungjawab tu kita kena pikul. Sepadan dengan jawatan yang kita pegang." tu kata Kak Long..
betol tu sebenarnya.. kekadang aku lagi senang bersendiri daripada ramai-ramai ni.. zaman study dulu bolehla nak beramai-ramai.. ada certain time.. seorang lebih baik.. ada kalanya ramai lebih baik.. ada kalanya berdua lebih baik.. heheh..
kesimpulan yang aku boleh buat.. sebenarnya faktor penyumbang kebahagiaan dalam pekerjaan ialah :
1) diri sendiri
2) bos (letak jugak bos tuh!)
diri sendiri ni pulak banyak entiti yang terlibat.. kena sentiasa berdoa pada Allah moga dimudahkan perjalanan hidup, diberi kekuatan untuk menempuh dugaan, dimurahkan rezeki (sentiasalah tunaikan solah dhuha) dan tak lupa sentiasa niatkan apa yang kita kerjakan itu kerana Allah Taala.. dalam masa yang sama.. amar makruf nahi mungkar..
faktor bos dah pasti.. sebab kalo bos jenis yang menyinga, kena pandai ikut rentak dia.. kalau bos yang sume nak soh kita buat, kena pandai tackle.. kalau bos yang suka dikipas, janganlah kipas dia.. buat keje kita.. walaupun orang lain dah bagi air-cond 2 horse power, kita maintain buat keje kita.. sebab Allah tau apa yang kita kerjakan.. pasti ada ganjaran dari Allah.. percayalah..
jadi buat sahabat aku tuh.. sabar ye.. buat tak reti je la ngan bos tu.. dia memang cenggitu.. sebenarnya Allah nak matangkan kita.. kita sebenarnya akan naik lagi nanti (bukan naik badan tau!).. dan semakin kita naik.. kita akan bertemu dengan pelbagai ragam bos lagi.. nanti insyaAllah.. satu masa kita akan bersyukur dengan apa yang pernah kita lalui.. walaupun sekarang ni rasa cam nak bom je opis kita.. tapi itu hanya sementara.. percayalah..
sambung sket lagi.. tempat kedua yang amat aku tak suka tu.. antara sebab ialah beban kerja yang meninggi dan bos yang ehem ehem.. tapi bila aku kat tempat baru ni baru aku rasa miss kat bos aku tuh.. dan aku tau dia sangat bagus.. apa yang dia buat kat aku bukan saje-saje.. banyak yang aku belajar dari dia.. sungguh.. aku miss dia..
buat insan-insan yang membaca blog aku.. yang mana merasakan tak best kat tempat kerja.. tak sanggup dibebani dengan kerja yang banyak.. merasakan diri ini masih belum layak menanggung bebanan.. tension.. teammate selfish.. teammate suka ngadu domba.. kita pegang pada kata-kata di bawah..
'Sentiasa nawaitu Lillahi Taala walau apa yang kita lakukan'
'Kadang-kadang diam itu lebih baik. Tak perlu bercerita tentang kebagusan diri kita. Let the others judge it.'
'Bila kita tak dapat apa yang kita suka, cubalah menyukai apa yang kita dapat'
sebab bukan semua orang bertuah macam kita.. ramai lagi kat luar tu yang takde keje.. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau tak kais tak makan..
bak kata Che Su.. cuba tengok pemotong rumput tu.. alangkah susahnya dia mencari sesuap nasi.. terpaksa berpanas memerah keringat.. sedangkan kita bekerja dalam air-cond.. boleh surf internet.. ada pulak halwa telinga.. dan banyak lagi kemudahan lain..
sekian dulu ceramah kerjaya untuk kali ini.. kita berjumpa lagi di lain rancangan di waktu yang sama minggu hadapan.
Assalamualaikum.
ps : sori la ye fren.. u kena baca entry i yang panjang lebar petang/malam hari nih..
5 comments:
wah...cepatnya dah update...hehe
dah baca dah...
teruskan perjuangan (berjuang ker??) hidup dengan penuh kesabaran...
nampak nya dila jer la yg mcm gitu gak.. he..he... ntah bile nk di upgrade...he..he...
wah!...best entry knrl neh...saba suke..hehe wat penaek semangat!. tq knrl..
betul nrl bak kata ramai org kita kena ikut tempat keja dan situasi ..masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu menguak..eh betul ke peribahasa saya ni kekeek..anyway norul dah semakin matang..good luck keja tempat baru..:) ..
i suka ceramah kerjaya pn norul nih ;))
Post a Comment