"Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya."
(Al-Isra' : 10)
(Al-Isra' : 10)
===============================================================
25 Jun 2009 (sehari sebelum birthday aku)
lepas sembahyang Subuh.. aku berjalan kaki masuk Bilik Prosedur.. doktor masukkan cervagem 3 hourly.. dia akan masukkan maximum 5 kali.. kata doktor nanti you akan rasa contraction.. kita nak bagi 'dia' keluar manually, kata doktor.. aku ok jer.. aku mesti kuat.. mesti kuat..
pagi tu Zam datang temankan aku.. dah mula rasa sakit sikit-sikit tapi aku cuba buat tak tau.. tapi tak tahan beb.. contraction tu macam orang nak bersalin.. keluar masuk aku ke toilet.. kalau dapat keluar manual.. kami akan ambik spesimen tu.. kata nurse.. uh.. cam keluar apa jer bunyinye..
Zam dah balik.. berganti ngan hubby aku.. aku serba tak kena.. contraction makin menjadi-jadi.. duduk salah.. baring salah.. berdiri salah.. nak push.. tak rasa apa nak keluar.. tapi contraction tu Ya Allah.. tuhan saja yang tau..
kejap masuk toilet kejap keluar toilet..
3 jam dah berlalu.. 2nd cervagem tak masuk lagi.. doktor takde.. kat OT sumenya..
masuk jam keempat baru doktor datang.. nak buat 2nd insertion..
sekali lagi aku ke Bilik Prosedur dengan membongkok.. sakit weii..
baring je atas katil aku rasa kain aku dah lencun.. fikirku dah keluar darah.. but sad to say.. baru air ketuban yang keluar.. so kena insert lagi cervagem.. nak masuk cervagem tu cam ok lagi.. yang tak ok tu contraction..
lepas abis prosedur tu aku berjalan balik ke bilik ditemani my beloved hubby.. masuk bilik tu sekali lagi aku tak keruan..
finally aku masuk bilik air dan tumpah darah..
aku bagitau nurse kotla ada spesimen tu keluar.. sebab aku tak tau exact size dia.. yang aku nampak ada sumthing selain darah.. (eh.. ada pembaca lelaki ke blog aku nih? uh.. lantakla.. kalo rasa taknak baca skip jer la yerk!)
tapi kata nurse tu bukan janin..
aku menahan jer la until pukul 2 doktor mintak aku sign consent.. kata doktor kita ke OT untuk buat D&C..
doktor buat IV kat tangan kiri aku.. tak sukses.. expected.. tangan kanan.. alhamdulillah.. success..
aku ditolak ke OT.. hubby dah tunggu kat tingkat 1..
lepas explaination aku masuk OT.. katanya aku akan dibius seluruh badan.. aiseh.. aku ingatkan epidural jer.. tak sempat nak mintak maaf ngan hubby aku.. tu jer yang ada dalam kepala aku.. kalau aku mati kat atas ni cemana.. ish.. sampai situ aku pikir padahal dah berlambak orang buat D&C.. heheh.. tapi mana tau kan.. segalanya mungkin..
masa bersalin Naim Najwa dulu sempat gak aku mintak maaf halalkan makan minum.. operation kali ni tak sempat memang aku rasa ralat.. memang aku ternampak hubby aku jer masa tuh.. syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami tau!
tubes running on my body.. cubaan untuk masukkan ubat tak berjaya.. drip yang dibuat tadi bump! aku rasa sakit..
maka nurse terpaksa cuba cucuk kat tempat lain.. satu persatu until sume tak sukses.. tangan kiri.. kaki kanan.. tangan kanan.. kaki kiri.. dicucuk serentak.. tengok sape yang dapat dulu.. bayangkanla betapa ramainya nurse dalam OT dok entertain aku sorang hanya kerana tak dapat line..
aku dah pasrah.. sakit contraction dah tak rasa lagi.. sakit kena cucuk pun dah jadi lali.. yang aku pikir hanyalah.. kifarah apa kali ini..
kata nurse tu.. payah gila nak cari line puan nih..
daripada letak benda alah oksigen kat hidung mulut aku tu sampai aku soh dia bukak.. lama benor.. hidung aku pun gatal-gatal dah.. time tu la pulak gatalnya..
"Cam drug addict saya ni nurse.. banyak betul kena cucuk.."
"Drug addict tak cucuk kat kaki.", jawab nurse.. boleh la pulak melawak ngan aku..
lepas cubaan kali ke 23 tak berjaya.. doktor dipanggil..
kata dia.. "Takpe.. kakak saya pun susah nak cari line", ayat nak sedapkan hati aku je tu rasanya.. sambil mencucuk kat right wrist aku untuk cubaan ke-24.. doktor tu kata "Kalau sini pun tak boleh saya terpaksa cucuk kat leher awak. OK ke?"
hmm.. takkan aku nak kata tak ok.. by hook or by crook kena jugak buat line kat aku..
"Takpela doktor. Saya ok." uh! mulut aku ni tak berenti mintak ampun ngan Allah.. mintak pertolongan dari Allah.. apala dosa aku kali ni.. janganla sampe dicucuk leher aku.. cam ayam nak kena sembelih la pulak..
alhamdulillah.. cubaan ke-24 berjaya.. beberapa saat lepas tu aku dah tak sedar..
"Puan.. puan.."
"Dah sudah ke?"
"Ha ah"
aku hanya mampu senyum.. alhamdulillah.. panjang lagi umur aku.. dapat aku tengok muka hubby aku lagi..
aku ditolak ke wad.. perut maha berkeroncong..
hidangan malam dah sampai.. tanpa menoleh kiri kanan.. segala yang ada depan mata aku makan.. tanpa mengingati jugak yang aku baru abis operation dan aku dalam pantang.. norul hidayah memang begitu bila berkomunikasi dengan makanan.. itu kata adik aku, Su..
petang tu Che Su msg aku..
'Sori la kacau. Ramai org syg kat awak. Pakat nak g melawat td. Dah ok ke? Still kat wad lg?'
dan setengah jam kemudian.. Che Su datang.. lama kami berbual.. sampai guard soh balik.. tu pun degil lawan guard until guard bagi last warning pertama.. heheh..
once Azwa pernah kata CS ni other half aku.. other half ke Che Su? tak taulah other half ke other quarter.. hiks!
hmm.. dah lama aku kenal Che Su.. P1T10 la katakan.. eh Che Su.. kita ni P1 T10 lagi ke? heheh..
bersambung lagi.....
4 comments:
takziah ye nono.. baru tau je ari khamis lepas..
rasanya both u and man cukup kuat..
maaf ye..fizah baru tau hari ni...takziah ye nono...
fizah tau nono ni org yg kuat semangat...
alamak sms yg dihantar pun msuk blog gak ker ...sorry la tak pandai nak tulis msg mcm org lain ayat yang manis2 sket.... nak kena google dulu..
nono yang ku kenali memang tabah dan sabar orangnyer...
sgarul,
tq. hidup ni sering diuji..
fizah,
tq. kekuatan jiwa hanya dariNya.
sahabatku yg anonymous,
sila gugel dulu ayat puitis kasi masuk blog saya.. hahahah..
Post a Comment