Monday, July 13, 2009

hari lahirku

"Sesungguhnya Al-Qur'an itu memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

(Al-Isra' : 9)

=============================================================

citer kedua aku ialah.. kisah di hari lahir aku..


24 jun 2009 (2 hari sebelum hari jadi aku)

aku ke Hospital Putrajaya seperti TCA dalam buku.. cam biasa.. hubby aku tak pernah tinggalkan aku ke hospital sensorang.. dia masuk sama-sama tengok doktor buat ultrasound kat aku..

lepas lebih kurang 5 minit doktor tu asik pusingkan benda alah ultrasound tu.. aku dah rasa lain macam.. instinct seorang ibu memang begitu..

"Baby you dah takde heartbeat.. blood vessel pun dah takde. You ada bleeding?"

"Takde"

"Ada sakit perut tak?"

"Takde."

"Tanda-tanda pregnant lain.. muntah.. alah.."

"Takde. Saya memang tak pernah alah masa pregnant."

"Baby you dah seminggu meninggal. Kena buat D&C ni. Petang ni datang untuk pendaftaran wad. Kita akan siapkan procedure. Sebelum tu I akan insert cervagem dulu baru kita buat D&C (Dilation & Curettage)."

"You ok ke ni?"

"Saya ok doktor."


"You masuk Bilik Prosedur dulu untuk ambik darah."

aku speechless.. sedih.. release.. sume ada..

proses amik darah cam biasa.. cucuk tarik tolak bengkak.. tak berjaya.. ulang balik.. cucuk tarik tolak bengkak.. dan masih tak berjaya.. cubaan ketiga akhirnya berjaya..

dah amik darah.. aku balik ke opis sebelum register di wad petangnya..

hubby temankan aku ke ofis.. jumpa ngan bos bagitau aku akan MC tak tau lama mana..

balik rumah siap beg baju untuk tidur di wad.. Naim tanya Mama nak ke mana.. aku hanya mampu jawab "Mama nak ke hospital. Mama tidur sana malam ni. Esok Mama balik ye sayang. Naim kalau rindu Mama, tidur ngan baju Mama ye." dahi Naim aku cium.. begitu jugak ngan Najwa..

sedih ke apa saja perasaan tak boleh tunjuk kat anak-anak.. aku rasa aku agak kurang berperasaan ketika itu..

gedebak gedebuk gedebak gedebuk.. aku dah register wad dan stay kat Wad 2A..

petang tu my dear sis, Saba dah datang jenguk aku.. aku tau Saba akan datang.. thank you dear..

malam tu doktor on call datang.. borak-borak ngan aku.. cerita prosedur untuk aku esoknya.. dia dah tau history aku bila baca file aku tuh.. bagus doktor ni.. very friendly.. "Bila saya tau kisah akak ni.. baru saya rasa ramai lagi orang yang lebih susah dari kita kan..", kata doktor tu..

aku hanya mampu senyum.. semuanya dari Allah.. Dia boleh bagi.. Dia jugak boleh ambik bila Dia nak..


malam tu nurse dah suruh aku posa..


bersambung....

2 comments:

Anonymous said...

u r always welcome knrl!..
huhu..selagi saba mampu teman knrl..kol saba ye..

cahaya petunjuk said...

tqvm sis!