Wednesday, April 29, 2009

andai dapat kuundur masa

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) sesungguhnya tiap² kesusahan ada disertai kemudahan, (sekali lagi diingatkan) : Sesungguhnya tiap² kesusahan ada disertai kemudahan."

(Al-Insyirah : 5-6)

==============================================================

lately banyak betol musibah yang melanda aku.. lepas satu.. satu.. bak kata pepatah melayu.. sudah jatuh ditimpa tangga.. terkena pulak taik ayam.. (baca : ayat yang last tu aku tambah sendiri)

mungkin ini ujian dari Allah untuk menambah pahala aku..

atau..
mungkin jua kifarah di atas dosa aku..


time
aku nak pakai duit sangat ni (setiap masa nak pakai duit sebenarnya.. heheh..) ada pulak musibah yang datang.. innalillah..


malam Ahad lepas aku sekeluarga terlibat ngan satu musibah yang menelan belanja
yang agak besar.. cerita selanjutnya bolehlah ikuti seperti di bawah..

tempat kejadian? tak perlulah aku bagitau lokasi latitud dan longitudnya.. cukuplah kawasan tu bukan area Puchong..

takkan ada salah sebelah pihak.. pasti kedua-dua pihak yang salah..


once
Waja aku hit MyVi.. aku terus capai adik Najwa bawak ke depan.. Abang Naim aku soh datang dekat ngan aku..


"Mama.. kita kena keluar cepat..", kata Naim.
"Kenapa Naim?", tanya aku.
"Nanti keta ni kebowww. Nanti Ayah tinggal sorang sebab Mama, Naim ngan Adik dah mati", kata Naim.
"Syyyy.. jangan cakap camtu Naim.. takde apa insyaAllah..", terkejut aku dengar Naim cakap camtu.. pengaruh tv barangkali..

"Mama baca Ayat Kursi ke?", Naim tanya lagi bila tengok mulut aku terkumat kamit.
"Ya Naim.. Allah ada bersama-sama kita sayang..", dah takde lagi yang boleh aku buat melainkan memohon Allah mudahkan segala-galanya..

dan.. Naim turut sama membaca Ayat Kursi bersama-sama aku..

memula my dear Naim ok.. tapi lepas tu dia dah sedih and nangis..

"Kenapa Naim nangis?", aku nak tau jugak kenapa tiba-tiba nangis.
"Keta dah kena langgar
(padahal kereta melanggar).. nanti kalau Naim besar.. Naim nak bawak keta mana..?" tu jawapan dari Naim..

siannya.. tak tau apa budak-budak nih..

adik Najwa pun follow kesedihan Abang.. kereta patah
katanya..


inilah ghope keta aku lepas kejadian

di tempat kejadian.. gedebuk gedebak gedebuk gedebak diskas berlaku di antara yang melanggar, yang dilanggar dan beberapa gerangan manusia yang mengamalkan kehidupan masyarakat prihatin..

tengah kelam kabut hiruk pikuk tu.. kebetulan (tak taula suratan atau kebetulan) datangla sorang ni.. offer for help.. bila kita tengah kesusahan.. kebiasaannya kita akan accept jer pertolongan orang.. camtu jugak aku..

dipendekkan cerita.. dengan Proton Wira.. orang tu bawak kami sekeluarga pegi balai polis.. aku dan anak² kat belakang.. husband aku kat depan..

my dear
Naim asik berdiri pandang ke belakang.. aku soh dia duduk.. dia taknak.. jarinya tunjuk ke belakang.. aku pandang..
Naim pandang belakang sambil tunjuk Waja yang baru accident tuh kena tarik.. sian pulak aku tengok Naim camtu..

sampai balai polis.. dah ada member husband aku menunggu.. nak je aku temankan husband aku buat report polis.. time ni bukan masanya nak tuding jari pada sesiapa.. jangan merumitkan keadaan yang dah memang rumit.. but since anak² ada ngan aku.. i don't think bring all the kids to the police station is a good idea..

so kami menunggu dalam keta member husband aku while my husband and his friend masuk dalam balai.. i have trust in him.. he's one of my husband's close friend.. tapi trust cemana pun.. jangan mengharap pada manusia kan.. berharap hanya pada Allah..


sementara hubby aku, orang yang menolong dan member hubby aku ke balai polis buat report.. ligat kepala aku ni pikir.. kenapa Allah buat camni.. nak kata tak bayar zakat.. aku dah selesaikan semuanya.. aku analyse satu persatu.. kat mana silapnya.. and finally.. aku tau mana silapnya..


adik Najwa dah terlelap dalam kereta.. Naim cam biasa.. sangat concern dengan apa yang berlaku.. tak tido.. tekun menunggu apa akan terjadi seterusnya..

jam 11 malam kami sekeluarga tiba di rumah..

lepas mandi dan menJernehkan diri.. sembahyang Isya'.. tafakur bermuhasabah dan mengenang apa yang terjadi (masih terbayang saat² Waja aku hit MyVi tuh).. aku tido.. takde nak pikir apa lagi.. aku tau Allah tau apa yang aku rasa..

andaikata time machine tu benar² wujud.. dah lama aku masuk dalam tu.. akan kuundur masa.. tapi tu sume khayalan..

whatever it is.. lesson learnt.. kena banyak muhasabah.. dah tersurat di Luh Mahfuz.. kalau tak jadi tak beringat.. bila dah jadi.. baru nyesal.. hakikat seorang manusia memang gitu..

dan yang paling penting.. kami semua selamat.. tu yang paling aku syukur.. harta boleh dicari.. nyawa takde tukar ganti kan..

aku taknak mak or adik-beradik aku tau apa yang terjadi.. tapi dek kerana Kak Long ni neighbour aku.. maka dah takde lagi rahsia.. pagi lagi Kak Long dah tanya mana pegi Waja aku..

lepas aku citer kat Kak Long.. dia pandang aku dengan muka yang sangat belas.. katanya.. bawakla keta dia selagi keta aku tak siap..

malamnya Kak Long datang rumah aku.. pegang tangan aku.. dan hulurkan sumthing kat tangan aku.. duit tunai dan handbag Anna Sui yang baru dibeli.. katanya dia taknak aku susah hati.. Allah sentiasa bersama kita.. pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. that's my sister!

dan hari ni.. aku drive keta Kak Long.. di situlah aku nampak.. Allah sentiasa ada untuk aku.. tu yang buat aku sangat bersyukur.. Allah sangat sayangkan aku.. sangat sayangkan aku.. walau aku dalam kesusahan.. Allah sentiasa mudahkan jalan aku.. ya Allah hiba rasanya..

ni lah yang arwah ayah selalu tekankan..

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) sesungguhnya tiap² kesusahan ada disertai kemudahan, (sekali lagi diingatkan) : Sesungguhnya tiap² kesusahan ada disertai kemudahan."

(Al-Insyirah : 5-6)

2 comments:

Baizah said...

nono..benda dah nak jadik.. Allah Maha mengetahui yg terbaik tuk hambaNya.. sabar ye.. ader hikmah disebalik setiap kejadian..syukur nono n family selamat..tu yg penting

Wawa said...

sabar norul hidayah...yg paling penting, satu family selamat...aku yakin Allah dah sediakan kenderaan paling canggeh untuk ko di syurga nanti...aaminnn....