"Dan (ingatlah!) semasa orang² kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka) : "Kamu telah menghabiskan nikmat² kesenangan kamu dalam kehidupan di dunia kamu & kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takabur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.""
(Al-Ahqof : 20)
==============================================================
Naim : mama.. Allah sayang budak² kan?
aku : sayang.. Allah sayang semua hambaNya.
Naim : hamba tu apa mama?
aku : Naim.. semua hidupan di dunia ni hamba Allah.. manusia, cat, fish, whale, pokok, bukit.. semuanya hamba Allah.
Naim : kereta tu bukan hamba Allah kan?
aku : (senyum) kereta bukan hamba Allah.. kereta tu..
Naim : sebab kereta tu manusia yang buat kan..
aku : ya.. pandai anak mama..
Naim : mama.. Allah sayang Naim tak?
aku : (tiba² mataku dipenuhi air.. aku peluk my dear Naim) sayang.. Allah sayang sangat Naim mama nih.. Allah sayang adik Najwa.. Allah sayang mama.. Allah sayang Ayah.. Allah sayang semua Naim..
Naim : Allah sayang tak cat, fish, pokok tu mama?
aku : sayang.. sebab tulah kita kena jaga semua hamba Allah.. jangan buat yang tak baik pada hamba Allah..
Naim : tapi kita makan fish tu kesian la kat fish?
aku : (senyum) fish yang kita makan tu satu ibadat Naim.. fish tu dapat pahala bila kita makan dia.. kita pun dapat pahala bila kita makan sebab kita nak sihatkan tubuh kita.. tapi kalau kita bazirkan fish tu berdosa.. sebab tu lah mama suruh Naim habiskan makanan dalam pinggan Naim.. tak baik membazir.. Allah tak suka..
Naim : Naim tak pernah tak abiskan makanan.
aku : mama tau.. Naim mama ni makan abis kan?
Naim : ya (senyum lebar)
Naim : mama.. Allah nampak kita kan?
aku : nampak.. Allah nampak kita. Allah tau apa yang kita buat.
Naim : tapi Naim tak nampak pun Allah. Allah kat mana mama? kat rumah Allah ke? Naim nak pegi rumah Allah (Kaabah)
aku : boleh.. mama pun nak sangat pegi sana.. tapi kita kena kumpul duit.. cukup duit nanti kita pegi sama²..
Naim : Naim nak pegi..
aku : kita kumpul duit.. Naim dah tak boleh lagi bazirkan duit beli toys.. b-daman.. nanti kalau selalu beli b-daman duit kita habis.. tak boleh pegi rumah Allah..
Naim : Naim dah taknak beli b-daman.. taknak ben10.. Naim dah banyak toys..
aku : (senyum) camtulah anak mama!
Naim : Allah duduk rumah Allah macam kita duduk rumah kita ke mama?
aku : (gulp!) tak.. Allah ada di mana².
Naim : tapi kenapa Naim tak nampak Allah?
aku : sebab.. kalau manusia nampak Allah manusia semua akan jadi baik.
Naim : kan Allah suka manusia jadi baik?
aku : betul tapi semua hamba Allah yang wujud di bumi ni diuji.. kalau manusia nampak Allah.. manusia akan buat kebaikan tapi tak ikhlas.. manusia yang buat baik dan ikhlas dapat pahala sayang.. yang buat jahat akan masuk neraka..
Naim : Naim nak masuk syurga.. ustazah kata nama Naim tu nama syurga (lebar senyumannya)
aku : ha ah.. Naim tu nama syurga.. Jannatun Naim maksudnya syurga Naim..
Naim : Naim tau.. Naim tau.. hari tu mama ngaji ada nama Naim kan.. Naim dengar.. ada jugak syurga nama Firdaus kan.. syurga Firdaus tu syurga yang ke-satu.
aku : betul Naim.. pandai anak mama.. Jannatul Firdaus tu syurga yang pertama.
Naim : mama..
aku : ye sayang..
Naim : nanti kalau Naim dah besar mama ngan ayah dah tua kan?
aku : ya..
Naim : tua macam Tok?
aku : ya..
Naim : lepas tu mati macam To'ki?
aku : ya.. mama akan mati tapi mati tak semestinya tua. bila² masa je kita boleh mati kalau Allah nak matikan kita.
Naim : kalau mama ngan ayah mati nanti Naim nak duduk dengan sape?
aku : Naim.. semua manusia akan mati.. takde yang kekal atas dunia ni Naim.. kalau mama takde Allah ada jaga Naim..
Naim : (termenung pandang aku). Naim kena pegi rumah Allah.. nanti Allah jaga Naim?
aku : Allah jaga Naim tak kira Naim kat mana.. kalau Naim buat baik Allah sayang Naim.. Allah akan jaga Naim lebih daripada mama jaga Naim sebab Allah tu Tuhan kita sayang.. Allah sayangkan Naim melebihi mama sayang Naim.. Naim mesti ingat.. Naim mesti sayang Allah dulu.. lepas tu sayang Nabi Muhammad.. yang ketiga baru Naim sayang mama ngan ayah.. ingat tu sayang..
Naim : macam mana Naim nak sayang Allah?
aku : Naim kena buat apa yang disuruh.. tinggalkan apa yang dilarang.
Naim : Naim kena sembahyang?
aku : ya.. Naim kena sembahyang.. kita orang Islam wajib sembahyang sayang..
Naim : Naim sayang Allah.. Naim sayang Nabi Muhammad.. pastu Naim sayang ayah mama..
mata aku dah berkaca bila cakap ngan Naim part tu.. hiba bila diajukan dengan soalan² tauhid.. dan terasa benar ilmuku terlalu cetek.. aku perlu lebih mendalami ilmu² agama.. supaya anak² aku tak gagau mencarinya..
Naim masih terlalu mentah.. masih terlalu banyak ilmu tauhid yang perlu dipelajari.. aku tau dalam kepala dia ligat lagi pikir.. dan soalan² yang akan diajukan lagi nanti.. berat tugas dan amanah yang Allah berikan padaku sebagai seorang ibu.. cabaran mendidik anak di zaman serba moden ni.. pengaruh luar.. ya Allah.. engkau peliharalah anak² ku..
bila dipikirkan.. takut nak besarkan anak di zaman ni.. pengaruh kurang sihat terlalu banyak.. dengan aku yang keje maha sibuk.. masa bersama anak pun kurang.. tapi aku tau Allah ada.. aku kerja Lillahi Taala..
teringat di zaman kecilku.. setiap persoalanku tak pernah dikecewakan.. ayah akan explain satu persatu.. tentang Allah.. tentang langit & bumi.. tentang malaikat.. tentang nabi².. rasul².. sirah nabawiyah.. kitab² Allah..
ya Allah.. boleh ke aku jadi seperti arwah ayah..
aku akan cuba.. akan cuba terapkan sebagaimana arwah ayah terapkan pada aku.. sebagaimana arwah ayah bercerita mengenai pergantungan hidup manusia dengan Allah.. aku akan cuba.. aku berjanji dengan diriku sendiri..
Naim banyak berubah since aku hantar dia ke Tahfiz Al-Qur'an.. dia makin rajin sembahyang.. tak perlu disuruh.. duduk saja² dia akan mengaji.. macam² surah dari Muqaddam tu.. di bibir mulutnya sering mengalunkan ayat² suci Al-Qur'an walaupun makhraj dan tajwidnya tak betul.. sesekali nasyid memuji Allah.. sesekali selawat.. hiba sangat rasanya..
dan.. sebenarnya itulah yang kucari selama ini!
macam tu sekali Allah sayangkan aku.. Allah gembirakan aku.. aku harap sangat Naim & Najwa jadi anak yang soleh & solehah.. dapat mendoakan aku bila aku dah takde nanti..
tadika agama Naim aku retain setiap hari.. petangnya Naim akan ke Tahfiz Al-Qur'an.. Sabtu pagi Teacher Wendy datang rumah.. Naim ada tuition.. Ahad pagi Naim ada kelas Silat Gayong.. tiap² pagi Ahad my dear Naim akan bersiap awal pakai uniform Gayong hitam tu.. hehehe..
jadual agak pack.. tapi Naim enjoy camtu.. dan aku rasa daripada dia duduk rumah tengok tv.. adalah lebih afdhal dia mengisi masa dengan aktiviti² yang lebih sihat.. lagipun my dear yang nampak hepi dengan aktiviti² tu!
No comments:
Post a Comment