"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit & di bumi tunduk sujud kepada Allah, dan (di antaranya termasuklah) matahari, dan bulan, dan bintang², dan gunung-ganang, dan pokok² kayu, dan binatang², serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya atau maksiatnya); dan (ingatlah!) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan."
((Al-Haj : 18)
((Al-Haj : 18)
==============================================================
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
12 Rabiul'awal yang cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat yang saadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
semalam 12 Rabiulawal 1430H.. dah lama Rasulullah tinggalkan kita..
aku slalu bayangkan.. kalau Rasulullah ada..
pasti takde masalah pelik²..
masalah remaja..
masalah politik..
dan segala macam masalah yang hingga kini tidak dapat diselesaikan..
pasti Rasulullah ada penyelesaian untuk masalah Palestin..
Rasulullah ada untuk menyelesaikan segala-galanya..
setiap kali ada masalah pasti manusia akan mencari Baginda..
tapi tak jugak..
manusia zaman sekarang ni terlalu hubbun dunya..
tak pandang alim ulama'..
kata² alim ulama' tak didengar..
dibahas dengan hujah² yang berlandaskan logik semata..
bukannya berpaksikan Al-Qur'an dan Sunnah..
jika pun dibahas dengan Al-Qur'an tetapi diputarbelitkannya..
aku rindu akan kasih sayang Rasulullah..
entah..
kekadang terasa rindu benar untuk bertemu Baginda..
tapi siapalah aku..
terlintas jugak di pikiran aku..
alangkah beruntungnya jika aku hidup di zaman Baginda..
dapat menatap wajah Rasulullah..
dapat berjuang bersama-sama Rasulullah..
tapi kuatkah imanku untuk menjadi seperti mana Saidina Hamzah..?
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
segala yang berlaku adalah terbaik untuk hamba²Nya..
dosaku terlalu banyak..
hati terkadang timbul titik hitam..
mulut masih banyak berbicara..
ibadat pun tak seberapa..
aurat masih belum ditutup sempurna..
entah layak entah tidak untuk bertemu Baginda..
aku tak sezuhud Saidina Abu Bakar..
tak seberani Saidina Umar..
tak sesabar Saidina Uthman..
tak sehebat Saidina Ali..
tak sebaik Siti Khadijah..
tak selembut Aisyah..
tak sekental Asma'..
aku hanya insan kerdil yang punya perasaan untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.. yang terbaik.. dan aku cuba untuk menuju ke arah itu..
akulah antara hamba Allah yang menginginkan rahmatMu di Padang Mahsyar..
yang dapat menerima catatan amalan dengan tangan kanan..
yang dapat meminum air dari Telaga Kauthar..
yang neraca mizannya berat ke arah kebaikan..
yang dapat meniti Titian Sirat dengan pantas..
yang dapat menikmati syurga Allah..
menikmatinya bersama-sama ahli keluargaku..
dan sahabat²ku..
Ya Allah..
hanya itu yang aku inginkan..
Subhanallah..
Engkau bimbinglah diriku..
janganlah Engkau membiarkan diriku hanyut dengan duniawi..
aku sangat mengharapkan syafaat Baginda di Padang Mahsyar nanti..
macam mana keadaan aku masa tu..
rindu meruntun di hati ini untuk bertemu Baginda..
Ya Allah..
janganlah Engkau mencabut perasaan ini daripadaku..
sesungguhnya kasih sayangMu terhadap hambaMu amat hebat ya Allah..
kasih sayangMu mengatasi kasih sayang sesama manusia..
Janji Bertemu Allah mengatakan..
orang buta adalah orang pertama yang akan melihat Allah..
Subhanallah..
Subhanallah..
macam mana dengan aku..
di mana aku pada ketika itu..
dengan mulut terkunci rapat..
Ya Allah..
aku takut..
hanya Engkau yang mengetahui akan perasaanku ini..
berkaca mataku adalah hanya untukMu ya Allah..
aku takut..
takut sekiranya jauh daripada Allah..
benar jika orang mengatakan..
musibah yang menimpa menyebabkan kita mengingati Allah..
aku dapat menilai sendiri akan diriku..
aku kini makin lalai..
tapi Allah itu Maha Penyayang..
kelalaian aku tetap dibalas dengan kasih sayang dariNya..
Subhanallah..
malu aku pada Allah..
Ya Allah..
akhirkanlah hayatku dengan husnul khatimah..
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
"Engkau tidak akan sesat sekiranya engkau berpandukan kepada 2 perkara.. Al-Qur'an dan As-Sunnah"Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
tapi bukan semua orang dapat mengamalkannya..
sesungguhnya hubbun dunya akan membawa kita jauh daripada Allah..
No comments:
Post a Comment