semalam Kak Long call aku masa aku kat opis (aku ni nama je neighbour Kak Long.. tapi wiken je jumpa dia).. kata Kak Long Mak tak bagitau yang dia sakit.. maybe sebab Mak nak balik sangat kot.. so masa kat sini dia tak bagitau yang dia sakit..
Mak pun kata dia nak puasa 1 Muharram tu kat Terengganu..
Mak pun kata dia nak puasa 1 Muharram tu kat Terengganu..
pagi Ahad before balik tu Mak ada bagitau aku malam tu dia tak dapat tido.. ingatkan dah nak mati.. punyala 'bijak' aku nih.. tanya gitu-gitu jer.. macam tak concern.. sebab masa tu aku pun tak sihat jugak.. tapi mana boleh guna alasan tuh.. pedulik apa aku sakit ke tidak.. sakit mak aku kena utamakan.. teruknya aku nih!!!!!!
padahal kalau aku sakit.. Mak akula orang yang paling susah hati.. lainnya concern anak pada ibu nak dibanding dengan concern ibu pada anak.. apa la aku nih!!! nyesal sebenarnya..
kata Kak Long.. dah sampai Terengganu baru Mak bagitau dia sakit dada.. tapi Mak bagitau aku dia susah nak bernafas.. tapi lepas tu ok.. sakit dada la tu kan? naper la aku ni bengap sangat hari tuh.. aku tau.. Mak taknak aku susah hati.. Mak slalu kata aku tak sihat.. dia taknak aku susah hati sebab dia..
dan kata Kak Long.. symptom yang Mak aku bagi tu ialah symptom sakit jantung.. aku kata last time aku yang bawak Mak check ECG tapi takde pun sakit tuh.. kata Kak Long sakit jantung ni banyak jenis.. dan Mak punya ni.. err..
dengan cool Kak Long bagitau.. mintak kami 5 beradik ready dan redha if sumthing jadi kat mak.. owh.. that is the worst thing i've to accept..
ajal dan maut di tangan Allah.. but tu dah antara tanda-tanda.. dah banyak nampak tanda-tanda tu.. cemana arwah ayah aku dulu.. Kak Long banyak recall tapi aku tak ingat sangat masa tuh.. kata Kak Long lagi.. kita tak tau sape yang dulu.. mati tak kenal usia tapi walau apa pun yang terjadi mesti sentiasa bersedia dan redha..
aku? tak taulah.. airmata dah bergenang.. aku tau kalau tak aku yang kena ready dan redha.. Mak aku yang perlu hadapinya.. yelah.. tak semestinya mak yang mati dulu.. anak pun boleh mati dulu kan..
aku try nak bagi diri aku ready.. dan aku sendiri tak pasti aku ready ke tak.. tengah menaip ni pun.. fikiran aku dah jauh melayang.. mata pun dah berkaca.. berkaca.. berkaca dan monitor ni dah jadi blur..
masa mak on the way balik pun aku asik ingat kat Mak.. tak taulah.. memang aku rindukan Mak.. rindu sangat.. tak taulah aku ni kategori anak manja atau memang naluri anak perempuan camni..
ya Allah.. have i done enough to her? setakat inject insulin tu apa la sangat.. dan RM yang sikit tiap-tiap bulan tuh langsung takde nilai.. itu je yang aku pikir.. memanglah kalau nak balas jasa Mak sampai bila-bila pun tak terbalas.. tapi apa contribution aku kat mak?
sebagai anak perempuan dan isteri.. kemampuan aku terbatas.. kalau diikutkan hati ni macam-macam yang aku nak buat.. tapi dalam Islam suami perlu didahulukan.. itupun aku bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami..
Allah tau nawaitu aku.. Allah yau apa yang ada dalam hati aku.. aku rasa nak balik Terengganu.. aku rasa hanya itu yang diinginkan oleh seorang ibu.. bukannya wang ringgit kan..
aku sayang mak aku sangat-sangat.. sedih pulak rasanya..
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa..
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
Kini benar-benarku rasakan
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Resah yang ku
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
macam mana keadaannya nanti bila aku dah tua.. dengan 2 orang anak.. macam mana Naim Najwa melayan aku.. ya Allah.. aku mohon yang terbaik dariMu..
2 comments:
Allah Maha Kuasa,
Semoga dijauhkan k nono dan keluarga dariapada kesedihan itu..
Salam,
Tataulah macamana kalau kehilangan ibu. Sangat2 belum bersedia. I need my mum..
~naza
Post a Comment