Thursday, January 01, 2009

fuhhhh..

"(Allah) yang mencipta mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya."

(Al-Mulk : 2)

==============================================================

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. sujud syukur.. itu je yg mampu dilakukan..

petang tadi aku dah berjaya TPA 45 program daripada modul yang aku amik dalam masa 3 minggu nih selepas berhempas pulas memulas mulas pusing tonggeng sebulan ni.. kalau tak selesai takkan aku boleh berada di rumah di kala ini.. 

selepas testing dan UAT.. amend.. UAT dan amend lagi.. UAT lagi.. melayan karenah manusia.. sebenarnya melayan mesin lebih mudah daripada melayan manusia kan.. 

tapi prinsip aku.. nak deal ngan manusia ni memang kena buat kering jer.. bilamana pertolongan yang diminta itu memang adhoc.. ditambah pulak bila kita diletak untuk memantau di saat-saat akhir.. pabila kita dicombat bos.. dan kita perlu combat anak buah.. teknik bos combat kita sama sekali tak boleh digunapakai untuk combat anak buah.. bahaya.. mau bergaduh tak bertegur sapa..

bila dah sampai level tu.. maka jangan ikutkan perasaan.. nanti diri sendiri jugak yang tertekan.. relax.. steady.. nak conduct orang bawah.. tak perlu tension.. try to be in her shoes jugak.. softskills kena ada.. jangan terlalu memaksa dalam mintak orang buat keje.. jangan obses dengan keje dan jangan tunjuk yang kita ni maha sibuk kat opis.. 

mulakan dengan memanggil nama dan "Boleh tak tolong saya...".. perkataan tolong tu sangat penting.. muka mesti sentiasa manis (walaupun balasan yang diterima adalah muncung mulut yang boleh diletak 5 hanger.. jongos bak kata Precella.. or langsung tak pandang muka kita).. takpe.. small matter jer tuh.. dia pun manusia.. kena accept tuh.. dan diakhiri dengan "Terima kasih".. dan jangan lupa.. gunakan teknik sentuhan.. penting tu! 

sentuhan yang aku maksudkan itu bukanlah sentuhan dengan lelaki ajnabi tetapi sesama mahram sahaja.. sesekali kena belanja makan sebagai menunjukkan terima kasih kita di atas effort yang diberikan dan support kita kepadanya.. tapi jangan selalu sebab takut disalah anggap.. belanja makan tu merupakan kewajipan kepada anak buah.. tu semua hanya bertujuan untuk menimbulkan rasa dihargai dan menghargai..

cemana nak tau anak buah kita protes dengan arahan kita? 
1) dia amik EL di kala kita perlukan dia
2) dia amik MC tanpa memaklumkan pada kita
3) dia pegi citer yang dia tak puashati ngan kita kat org lain tak kira thru blog or oral.. hahahahahha..

no (1) dan (2) tu aku dah rasa.. but jangan marah dia.. dia pun manusia.. maybe dia tension.. abis tu.. kita tak tension ke? tak.. jangan tension.. buat apa tension.. diri sendiri jugak yang sakit.. anggap itu satu challenge.. cabaran yang perlu kita atasi.. takkan hari-hari kita nak berada di takuk yang sama kan.. pasti ada paradigm shift.. kita jugak yang akan merasai betapa bertuah dan beruntungnya pabila kita dapat melalui cabaran tu.. satu kepuasan.. bukankah itu satu bonus yang Allah berikan pada kita? think positive..

maka.. finally aku sukses jugak amend program-program tuh.. walaupun bukan aku yang amend.. hahahahah.. sudah pastilah bukan aku yang amend kan.. 

jam 5.30 petang baru aku bagi kat my DBA untuk di transfer ke production dan digunapakai pada 1.1.2009.. hopefully sume berjalan lancar..

hmm..

one of the best part yang aku rasa susah nak dapat kat opis lain ialah.. user aku yang terdiri drpd skim M dan W yang sentiasa memberi kerjasama ngan kami.. sangat memandang tinggi kat skim aku nih.. itu yg best.. bilamana tak pernah diunderestimate.. waima 4 lagi Timbalan Pengarah dan Pengarah pun tak kacau kitorang.. aku rasa hepi keje kat sini.. tapi workload keje tu lain citer la kan.. nak achieve ke tahap yang lebih baik or at least maintain jangan jatuh tu bukanlah senang..

lagipun aku kena proved kat Pengarah aku (Pengarah aku ni dah buat press conference kata sume will run smoothly dan boleh digunapakai pada 1.1.2009.. erkkk!!!!) yang walaupun kami dah takde nakhoda (Timbalan Pengarah aku kan dah promoted).. sistem still boleh run dengan jayanya.. F jugak boleh buat keje.. disamping support 3 orang KPP aku.. tak kira walau cemana dia combat aku sebab aku tau dia pun kena combat ngan top management jugak..

afterall.. berita terbaru aku ialah.. aku dapat satu tugas yang lebih tough daripada sebelum ni.. erkkkk!!!! bila KPP aku mintak aku amik tugas tu.. uh.. aku dah rasa.. nampak gaya beban di batu jemala patik.. tapi.. takkan aku nak kata.. 'Saya tak bolehla Puan.. berat tugas tu'.. uh.. bukan aku tuh.. maka dengan muka yang sangat manis.. aku bagi feedback.. 'InsyaAllah.. I'll do my best'.. uh.. setakat mana my best aku pun aku tak pasti.. hahahahahah..

walaupun aku tau.. lepas ni lagi sempitla peluang untuk aku bercuti.. dan peluang untuk aku update blog or check emel terpaksa dikurangkan dalam peratus yang tinggi.. heheheh..

tapi macam yang aku kata tadi.. aku anggap sume ni challenge buat aku.. kata Pengarah aku.. once you've been promoted.. the curve of learning should be sharper than before.. uh.. scary jugak tuh..

kata Kak Long.. kita keje ni mesti sentiasa gear 5.. takde start ngan gear 1 nak naik ke 2 pastu naik ke 3.. ke 4.. lambat tuh.. sume kena cepat.. the sky is the limit.. venture your life to the fullest.. nevertheless always remember that we are only a small fish in this big ocean.. and don't forget our grassroots.. keje tu ibadah yang akan disoal bila kita mati nanti..

insyaAllah.. moga Allah permudahkan jalan aku.. Allahuakbar!

1 comment:

itangmanih said...

nor,all the best ya!insyaAllah,if kita ikhlas dgn keje kita,Allah akan sentiasa permudahkannya..