Tuesday, January 06, 2009

dalam kenangan

"Sesungguhnya kepada Kamilah tempat kembali mereka, kemudian sesungguhnya kewajiban Kamilah menghisab mereka."

(Al-Ghasiyyah : 25-26)

==============================================================

tak tau mana aku nak mula dulu..


aku kenal Lini masa matriks.. itulah antara manusia yang sangat baik pernah aku jumpa.. memang baik.. walau cemana kecik ati ngan orang tak pernah ditunjukkan pada sesiapa.. apatah lagi meluahkan rasa hati marah atau apa sahaja pada insan lain.. nak kecikkan hati orang? tidak sekali-kali.. Lini memang pandai menjaga hati kawan-kawannya..

orangnya sangat suka menolong.. dan yang paling best serasi ngan jiwa aku ialah.. kepala dia gila-gila cam aku.. susah nak serius.. pun cam aku.. bila serius aku still nampak dia tak serius.. andaikata waktu tu dah ada rancangan raja lawak.. dia aku boleh anugerahkan permaisuri lawak.. dan aku rasa.. bukan aku je yang berperasaan begitu.. barangsiapa yang mengenalinya pasti akan berperasaan sedemikian..

orangnya happy go lucky.. tak pernah menunjukkan yang dia ada masalah..

aku satu course ngan dia masa kat U.. satu kolej cuma blok lain-lain..

aku dapat tau Lini mengidap sakit buah pinggang lebih kurang 6 tahun lepas..

masa aku induksi kat Sungai Petani aku sempat jumpa dia.. dia sanggup datang ke hotel semata-mata nak jumpa aku.. dan itulah kali terakhir aku jumpa dia..

aku sering berhubung melalui sms.. 012 - 695 5650.. wish happy birthday setiap 5 April.. itulah tarikh kelahirannya.. sms aku padanya akan berakhir dengan.. "wei.. hang jaga diri baik2 na.. aku sayang hang" dia akan reply "aku pun sayang hang.. hang pun kena jaga diri.. aku ok.. hang tu tak sihat" aku reply balik "aku ok".. Lini balas lagi.. "aku lagi ok.. sebab aku minum milo.. minum milo anda jadi sihat dan kuat".. ada je buah kelakar dari Lini.. aku tau dia bukannya sihat mana.. tapi dia tak pernah tunjuk yang dia sakit..

kekadang aku sms kat dia.. "lini.. aku rindu la kat hang.." dia reply balik "aku tau sebab apa hang rindu aku.. sebab aku segak kan?" aku reply "sesegak hang segak lagi aku".. dia reply balik "segak hang tak boleh tandingi segak aku.. hahahahah"

dan sekarang memang aku rindukan gelak tawa seorang sahabat yang bernama Azlini Mohd Salleh.. rindu yang tidak berpenghujung.. segala-galanya masih bermain di ruang mata aku..


berita kembalinya dia ke rahmatullah aku terima pukul 6 pagi tadi.. kata Cella.. "Lini meninggal jam 5.45 subuh nih".. Allahuakbar.. stunned seketika.. memang aku terkejut.. terkejut sangat.. sedih pun ada.. Lini sahabat aku..

lepas dapat confirmation daripada Cella.. aku terus sms Cik Li.. dan aku boleh agak feedback dari Cik Li..

a couple of minutes Cik Li call.. tiada kata-kata selain daripada tangisan yang sangat menyentuh hati.. aku yang kuat ni pun dah mula bergenang airmata.. aku dah kehilangan seorang sahabat.. sahabat yang sangat baik.. sangat baik...

semua kenangan bersamanya terbayang di ruang mataku.. sama-sama buat discussion workgroup kat blok H kolej Guthrie.. sama-sama naik bas pegi kelas.. pegi exam.. gelak tawa aku bersamanya.. rahsia aku yang aku share ngan dia.. dan sebagai sahabat yang sangat rapat dengan arwah.. aku tau Cik Li lebih merasai kehilangan tersebut..

ams_5477@yahoo.com masih ada dalam emel kontek aku.. tak sampai hati nak delete walaupun emel takkan berbalas andaikata aku hantar ke alamat tersebut.. biarlah.. biarlah ia menjadi kenangan terindah antara aku dan seorang sahabat yang sangat baik bernama Azlini Mohd Salleh..

dari Allah kita datang.. kepada Allah jua kita kembali..

aku pohon kepada para pembaca yang membaca entry aku kali ini.. supaya sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Azlini Mohd Salleh yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Januari 2009 di usia 31 tahun 9 bulan. Al-Fatihah.


sesungguhnya kematian itu sangat menginsafkan bagi yang hidup.. tidak ada yang akan terlepas daripada merasai mati.. bila difikirkan keadaan dalam kubur.. cukup menakutkan aku.. ditinggalkan seorang diri untuk disoal malaikat Munkar & Nakir.. Allahuakbar.. takutnya aku..

6 comments:

su said...

seme yang nono citer ttg peribadi arwah mmg betul..itulah Lini yang kite kenal sepanjang stay di Blok H,Guthrie..kami same level..tak sampai 10 langkah dah sampai bilik dia...mmg bilik dia selalu happening..arwah ngan Che Li yang byk buat paras kami alive n energetic..

terima kasih sgt2 atas info nono..in fact,kite mmg dah compose sms nak mintak nono buat tribute for arwah dlm blog but kite rasa mcm tak kena gaya terus delete sms part tu...

1 demi 1 orang2 yang kita sayangi meninggalkan kita seme...yang ditinggalkan hanya kenangan,budi baik dan segala2nya yang pasti dpt menginsafkan diri kita yg masih hidup....

Munajah Cinta said...

sayang sangat kat Lini.
entahlah bila dia dah takde baru terasa nak peluk dia erat2 kuat .hiba sgt. Allah lebih sayangkan dia. Moga arwah dilindungiNya disana.amin.

Suhaimi said...

wa malu nak ckp... tapi terus terang jer laa... mata aku pun berkaca bila baca entry ko nie.... serius sedih.

Al-Fatihah..

Baizah said...

sedih! bergenang mata bila dapat sms kol 630 pg dr wati... terkedu dan terkejut.. arwah mmg seorg yg baik! terlalu baik sbg seorg sahabat! semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yg dikasihi-Nya...Amin...

Anonymous said...

dila memang dah rapat dgn die sejak matrik..duk satu level...
kalau x silap dlm family die seorg je ank pompuan..die ada ramai abg..kalau kite terasa kehilangan die, family die apatah lg.....terinagt lesung pipit die yg manis bile tersenyum tuh...

cahaya petunjuk said...

Al-Fatihah untuk Lini..