Sunday, January 04, 2009

cintaku terpatri... part 7

"Sesiapa sahaja yang solah Isya' berjemaah, seolah-olah dia sudah solah setengah alam. Barangsiapa yang solah subuh berjemaah, dia seakan-akan melaksanakan solah malam semalaman suntuk."

(Hadith Riwayat Bukhari)

================================================================



solah adalah tunjang dan tiang agama.. solah jua adalah dasar curahan kebajikan.. solah merupakan sarana bagi kita untuk berkomunikasi dengan sang Pemilik Alam Semesta dan Penguasa Alam Raya.. bukankah dalam sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "Solah dibahagi 2 bahagian antara Aku dengan hambaKu, separuh untukKu dan separuh lagi untuk hambaKu.. untuk hambaKu, ia akan mendapatkan segala yang ia minta." (HR Muslim)

(Solat & Keajaibannya)

Solah & Keajaibannya bercerita tentang perkara asas dalam solah, wuduk, keajaiban solah, kisah para sahabat dan banyak lagi yang tak mampu aku taip kat sini.. buku ni memang best! banyak sangat ilmu di dalamnya..

dan di muka belakang bercerita serba sedikit tentang ulama tersohor, Allahyarham Haji Ishak Baharom.. aku rasa sangat wajar memiliki buku berharga RM17 ni!

dan lagi satu tu Amalan Sepanjang Hayat.. buku nilah yang aku slalu beli.. memang ia amalan sepanjang hayat..

No comments: