"Pada hari ini (Hari Kiamat), Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu."
(Yasin : 65)
==============================================================
peristiwa ini berlaku 2 minggu lepas..
dek karena aku ni acting bz.. aku telah menjadi salah seorang insan yang berleluasa memandu kenderaan tanpa membawa lesen.. lesen aku? dah mencapai expiry date..
dek karena bz jugak aku tidak punya masa ke pos opis untuk memperbaharui lesen.. turun lif.. jalan ke parkir.. start keta.. gerak ke pos opis.. cari parkir.. ditambah pula alasan tempat parkir yang agak susah kedapatan.. uh.. dah berapa minit amik masa tu? tu tak masuk lagi masa menunggu di pos opis.. sesungguhnya masa amat berharga buatku.. har har har.. poyos.. poyos..
ditambah lagi dgn polisi pejabat yg hanya membenarkan pekerjanya keluar antara jam 1 - 2 ptg.. andaikata sebelum jam 1 sudah keluar atau selepas jam 2 masih belom lagi pulang.. maka namanya akan diambil.. jikalau namaku diambil.. maka aku sudah tidak punya nama lagi.. apakah implikasi jika tidak punya nama? setelah berpenat lelah ayahbonda mencari nama untukku.. sewenang-wenangnya namaku diambil.. huh! untuk mengelakkan aku menjadi 'no name'.. adalah lebih afdhal aku meminta bantuan drpd pihak lain..
soklan yg akan ditanya.. awatla tak pi jpn? oh.. aku masih berfikiran konservatif.. tetap ingin ke pos opis.. nanti bila pos opis turut sama menggunakan mykad untuk lesen.. pada ketika itulah baru akan kuguna mykad.. har har har..
maka.. bantuan terpaksa diperolehi drpd suami tersayang sementelah opis suami berada berdekatan dgn pos opis..
tret tret tret.. pembetulan.. ringtone mp3 Bboy For Life On Sky kedengaran dari henponku menandakan kedapatan panggilan daripada suami tersayang..
"yang.. lesen sayang abang dah renew tapi cam kalakar la pulak.."
"ngape?"
"lesen jer.. takde laminate"
"tak laminate? togel camtu je ker?"
"ha ah.."
"ngape camtu?"
"plastik laminate dah abis katanya.."
astaga wa laga aspalole.. awatla pos opis ni tak buat sebutharga nak beli plastik laminate tuh..
10 minit pastu hubby aku dah ada kat lobi opis.. hmm.. seraya memandang lesen togel dengan pikiran yang turut sama togel.. aku terima ketogelan lesen tersebut.. sib baik la opis aku ni mmg produce sumthing yg guna laminate.. bantuan N1 aku perlukan utk pi laminate..
kurang 30 minit drpd 1 jam.. N1 tu bawak lesen aku yg dah dilaminate.. time kasih.. pastu aku terpikir pulak.. halal ke aku buat ni? ni harta kerajaan.. aku dah guna harta kerajaan!! aiseh.. kata² tuan guru nik aziz terngiang-ngiang di telingaku.. apa aku nak jawab dlm kubur nanti..
aku jadi tak keruan.. maka sepantas kilat aku naik ke tingkat prosesan laminate tadi.. bertanyakan berapakah pembayarannya..
barangkali pelik soalanku.. insan yg ditanya hanya tersenyum seolah tiada pembayaran dikenakan.. aku merasa ralat dan berdosa.. maka aku mengambil inisiatif dengan menyalurkan sedikit wang ke bayaran bil telefon sebagai ganti.. Ya Allah.. ampunilah dosa hambaMu ini.. moga Allah mengampuni aku..
tak dapat aku bayangkan betapa mulianya hati tuan guru.. waima dakwat pen pun tidak digunakan untuk urusan peribadi.. inikan pula yg lebih besar drpd itu.. dan tak dapat aku bayangkan.. banyaknya pahala yang diperolehi dengan dakwahnya itu.. berjaya merubah diriku yang jahil ini..
dari itu marilah kita sama² bersihkan hati dan sikap dalam menjalankan tugas seharian.. semoga kita sentiasa dalam keredhaan Allah..
moral : berfikirlah seblom melakukan sesuatu.. berfikirlah dgn bijak.. malaikat kiri kanan mencatat amalan.. bumi yg dipijak akan menjadi saksi tindakan kita.. malah hari jua turut menjadi saksi di hari penentuan nanti.. hari di mana mulut terkunci rapat..
1 comment:
freeennn...aku pun sama ler lupa renew lesen..selama 2 weeks aku drive free beb..hehehe
Post a Comment