"Dan bahawa sesungguhnya Hari Kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya; dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang² yang di dalam kubur."
(Al-Haj : 7)
==============================================================
aku ada seorang sahabat.. orgnya masih single.. ada pulak insan yg hadir dlm hidupnya.. tp insan tu mengikut firasat aku tidak layak digelar insan.. insan hanya gelaran kpd org yg baik .. firasat aku? sape aku nak judge org.. tp kalau senarionya hingga blh menyebabkan aku rasa ingin menelefon badan pencegah maksiat.. cemana tu???? baik ke dia? pastinya tak baik kan..
sbb dia sahabat aku.. aku try jugak selamatkan dia drpd terjerumus ke lembah yg tak sepatutnya dijerumus.. dah bermacam-macam nasihat aku bagi.. tp insafnya hanyalah sementara..
sahabat.. dekatkan diri pd Allah.. lupakan lelaki yg bakal memusnahkan masa depanmu itu.. ketahuilah sahabat.. balasan drpd Allah itu blh dtg tanpa dipinta.. dgn pelbagai cara.. nauzubillah.. jgn menunggu balasan Allah baru diri menjadi insaf..
aku ada seorang sahabat yg sedang dlm kerisauan untuk meneruskan hidupnya sbg single mother di usia yg masih muda.. andaikata sahabatku yg pertama td mengetahui akan cerita sahabatku yg kedua ini.. pasti on the dot sahabat aku yg nombor satu tu memutuskan hubungan cinta terlarangnya dgn manusia durjana itu.. tp apakan daya.. antara sahabat nombor satu dan sahabat nombor dua itu masing² tidak mengenali satu sama lain..
sahabatku.. yakinlah.. Allah sentiasa bersama kita.. jgn bersedih.. sesungguhnya pasti ada sinar selepas ini.. yakinlah sahabatku.. aku sentiasa berada di belakangmu memberi sokongan sepenuhnya..
itu baru dua kisah yg berkisar disebabkan insan yg bernama lelaki dan yg menjadi mangsa ialah wanita.. selalu saja cerita berkisar tentang lelaki yang jahat (sebbbaeekkkk blog ini sering dilawati oleh insan yg bergelar perempuan.. hiks!)..
sebenarnya perempuan baik adalah untuk lelaki yg baik.. tp lelaki yg baik tidak semestinya mendapat perempuan yg baik.. kenapa? sbb perempuan yg tak baik boleh dibentuk menjadi baik oleh lelaki yg baik dan lelaki yg tidak baik mmg tidak dpt dibentuk oleh perempuan yang baik..
tp bukanlah semua lelaki di dunia ini yg tidak bermoral.. ramai lelaki yg baik.. contoh terdekat ialah hubby aku.. har.. har.. har.. dan yg pastinya idola aku.. my late father..
adik² remaja (cam cik sri siantan dah aku nih).. cintailah Allah dan Rasulullah.. barulah menyintai insan lain di muka bumi ini.. kasih sayang Allah kepada hambaNya mengatasi kasih sayang sesama manusia.. selangkah kita melangkah menuju Allah.. seribu langkah Allah berlari ke arah kita..
1 comment:
mata boleh melihat tapi buta, telinga boleh mendengar tapi pekak,akal boleh berfikir tapi .... ; )
Post a Comment