Friday, February 22, 2008

bear your spirit

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda. (Riwayat Muslim)

==============================================================

sahabat aku bakal menerima rawatan isnin ni.. moga Allah memberi ketabahan, kecekalan dan kekuatan semangat padanya.. semangat diri sendiri ialah ubat yang paling mujarab untuk merawat penyakit..

sahabat.. aku jua pernah melalui saat² getir itu (walaupun hingga saat ini aku sendiri masih belum mengetahui status sebenar kesihatan diriku).. tetapi yakinlah sahabatku.. dikau jua mampu mengharunginya..

kita ikhtiar.. Allah Maha Kuasa.. Dia nak bagi kita pahala dengan demikian cara.. jangan bersedih dan risau wahai sahabatku.. tenangkan dirimu.. banyak² ingat Allah.. aku sentiasa mendoakan akan kesejahteraan dirimu..

there is always be a sunshine over the rainbow.. Allahuakbar!!!

2 comments:

Anonymous said...

Askum,

Aku doakan kau tabah dan sentiasa sihat. Aku tau kau kuat demi anak-anak. Insya Allah, aku doakan kau sentiasa dilindungi-Nya

cahaya petunjuk said...

insyaAllah.. tq ezza..