Friday, October 12, 2007

selamat menyambut aidilfitri

"Dan bersegeralah kamu kpd (mengerjakan amal² yg baik utk mendapat) keampunan dr tuhan kamu, dan mendapat syurga yg bidangnya seluas segala langit dan bumi, yg disediakan bg org² yg bertaqwa."

(Ali - 'Imran : 133)

===============================================================

hari ni jumaat 12/10/07.. aku masih lagi di opis di kala org tgh seronok on the way balik ke kampung halaman.. ada yg sedang mengemas rumah nak sambut raya.. tak kurang jugak kanak² yg tak sabar² nak main bunga api mlm ni.. ada yg tgh bakar lemang kat kampung..

hmm.. apa aku buat..
tido? menyembang? dok.. menyembang hapa ke bendenyer.. kat bhgn ict ni cuma ada 7 org jer (termasuk aku).. 2 non muslim.. 2 lg tak balik raya sbb mmg org sini.. 2 lg takleh cuti sbb cuti dah abis.. :-O

aku yg berwawasan lagi cemerlang gemilang terbilang ni menyiapkan la jugak keje yg tak reti nak abis ni.. tension? ntah.. takde lak rasa tension..

memula bos aku kata cuti aku kena cantas.. menung jap aku.. menung sbb aku pikir nak balik kampung jumpa mak tp ada halangan lak.. tp bila pikir balik.. maybe keje aku setimpal dgn rezeki yg Allah bg kat aku.. so betulkan balik niat.. aku tak la rasa tension..

tp aku mmg takde feel sgt nak sambut raya.. tua dah kot.. pc aku ni langsung tak pasang lagu raya.. henpon aku apatah lagi.. takde langsung ringtone raya.. sbb apa aku tak letak ringtone raya? sbb pertama : aku takde feel nak sambut raya.. sbb kedua : henpon aku ni koman speret jer.. miahahahah!!!

sbb apa aku tak beli henpon yg canggih lagi cantik menarik tertarik kau mmg da bomb? sbb pertama : aku dah tak rasa nak upgrade henpon aku.. selagi blh buat call.. blh sms.. blh alarm jam.. cukuplah.. sbb kedua : aku takde bajet nak upgrade henpon.. miahahahah!!!

sbb apa aku takde bajet nak upgrade henpon? sbb yg hanya satu.. bajet aku allocate kpd brg² keperluan dan bukannya kehendak.. eg susu anak.. tp itu bukanlah satu burden buat aku.. malah aku bersyukur pd Allah kerana dikurniakan zuriat.. moga dpt mereka menjadi anak yg soleh dan solehah.. mendoakan aku bila aku dah takde nanti..

alhamdulillah.. NAIM & NAJWA lah harta yg tak ternilai yg aku miliki.. tak ternilai..

berbalik kpd citer mood raya aku td.. disebabkan aku nak create jugak mood raya, maka letakla lagu raya kat blog aku nih.. tp hati aku tetap sama.. lagu hanya tinggal lagu..

memandangkan esok dah masuk 1 syawal.. selamat menyambut hari raya buat semua.. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! moga Allah sentiasa memberi kekuatan kpd kita utk menempuhi dunia yg penuh gawat ini..

1 comment:

Anonymous said...

wah
rancaknya lagu raya.....

kaknani