Friday, October 12, 2007

Ramadhan pergi jua

"Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yg dibaca dr rumah² kamu akan ayat² Allah (Al-Qur'an) dan hikmah pengetahuan (hadith² Rasulullah). Sesungguhnya Allah adalah amat halus tadbirannya; Lagi Amat Mendalam Pengetahuannya."

(Al-Ahzab : 34)

==============================================================

mlm td merupakan mlm terakhir terawih utk thn ni..


bbrp jam lg akan dibuka ikatan yg membelenggu syaitan.. tiada lg amalan sunat yg digandakan sama seperti amalan wajib.. amalan wajib yg digandakan 70 kali.. itulah 1 syawal..

bila bertafakur.. rasa dukacita.. bln² lain takde digandakan pahala seperti mana digandakan pahala di bulan Ramadhan.. tp time goes by.. suka tak suka.. dukacita tak dukacita.. masa tetap akan pergi tinggalkan aku..

qunut imam pd solah witir mlm td agak panjang.. namun makmum tetap setia mengaminkan doa.. sesekali terdengar esakan tangis drpd makmum.. rintihan dan pengaduan oleh hamba yg kerdil kepada Maha Pencipta menimbulkan rasa insaf di kalangan makmum.. moga umat Islam sentiasa diberikan hidayah.. teringat aku kesengsaraan umat Islam di tmpt lain.. palestin.. iraq.. tp apakah sumbangan aku? takde.. hanya sekadar doa.. hanya itu yg mampu kulakukan.. (hanya itu ke?)

kuliah lps terawih mlm td byk berkisar tentang Rasulullah.. betapa sayangnya Rasulullah pd umatnya.. baru aku nampak kenapa kak long bila bercerita pasal Rasulullah pd anak²nya pasti menitiskan airmata..

Rasulullah mmg terlalu sayangkan umatnya.. Baginda menangis hinggakan basah janggutnya yg mulia itu.. hanya kerana mengenangkan peristiwa Isra' & Mikraj yg mana Baginda diperlihatkan kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.. tidak terkecuali wanita dari kalangan umatnya.. Allahuakbar! mmg mengerikan.. aku pun naik takut..

seorang wanita blh menarik 4 org utk masuk ke neraka sedangkan seorang tahfiz blh menarik 10 org memasuki syurga Allah.. tiba² hatiku terdetik.. alangkah bahagianya kalau Allah kurniakan naim aku sbg seorang tahfiz.. Allahuakbar..

jika manusia itu tahu betapa pedihnya azab Allah.. nescaya manusia lbh byk menangis drpd ketawa..

kuliah lps yg menceritakan perihal dajjal cukup menggerunkan.. aku slalu pikir.. aku taknak jumpa dajjal.. aku tak tau kekuatan iman.. biarlah aku mati sebelum munculnya dajjal.. tp aku takut nak melalui alam barzakh.. siksa kubur.. Ya Allah..

moga Allah sentiasa memberi hidayah dan melindungi hamba²Nya drpd fitnah dunia yg blh melalaikan kita..

No comments: