Ya Allah, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMu & kebesaran kekuasaanMu
==============================================================
jasad ayah dibawa pulang.. dimandikan dan dikafankan.. masih segar di kotak pikiran aku.. aku hanya mampu melihat.. melihat kapas dimasukkan ke dalam hidung.. ke dalam telinga.. melihat segala-galanya.. melihat tanpa setitis airmata pun.. aku betul² bingung..
jasad ayah kemudian diletakkan di atas katil.. abang dan, mi, aku & yi sume dah ada kat rumah.. kak long je belum ada lagi.. kami menunggu kak long sampai.. kak long masa tu study kat ukm.. kak long begitu rapat dgn ayah.. mak mintak jgn disemadikan ayah dulu.. takut kak long terkilan.. abang aku masa tu ppp kat itm shah alam.. sib baik abang aku pun tak fly lagi time tuh.. kalo tak.. tak taula cemana terkilannya dia..
yi masih tak berganjak.. masih di sisi jasad ayah.. tak henti² membacakan yasin buat ayah.. tiada setitis airmata pun mengalir dari matanya.. dan hingga skarang tak pernah aku tengok dia menitiskan airmata.. kejadian di depan matanya petang semalam cukup memberi kesan yg mendalam kepadanya..
terlalu ramai yang datang ke rumah.. halaman luar rumah dah penuh dengan kenalan ayah (tapi kebanyakannya aku tak kenal).. memang ramai.. ada yang berjubah.. sampai ada yg tertanya-tanya.. siapa yang ramai sangat ni? orang ke?
kak long tiba.. aku mula rasa cuak.. sbb kalau kak long tiba maknanya jasad ayah akan disemadikan.. dan aku takkan dpt tengok ayah lagi.. wajah ayah kutatap lagi.. kami semua memberi ciuman terakhir untuk ayah dimulai dengan kak long.. abang dan.. mi.. aku dan yi.. “jangan bagi airmata menitik kat muka ayah ye..”, itulah pesanan orang² kat situ.. ah.. saat itu terlalu sukar.. sukar..
jasad ayah dibawa ke tanah perkuburan.. tanah digali.. terlalu ramai yang hadir ketika itu.. tanah perkuburan sesak.. jasad ayah dimasukkan ke dalam tanah.. mataku tak berkelip .. betulkah apa yg kulihat ni?.. betulkah ayah kat dlm tu?.. betulkah ayah dah meninggalkan aku?.. berkali-kali kugosok mata.. dgn harapan itu hanyalah mimpi buruk aku.. rupanya itu bukanlah mimpi.. itulah kenyataan yg harus kuterima.. kenyataan bahawa ayahku telah pulang ke rahmatullah.. kenyataan bahawa ayahku tiada lagi di dunia ini..
ketika itu barulah kurasakan dunia ini tiba² gelap.. tiada lagi wajah seorang lelaki yang kupanggil ayah.. tiada lagi wajah ayah yang dapat kutatap.. tiada lagi belaian dari ayah yang dapat kurasa.. tiada lagi cerita² yang selama ini kami sama² berkongsi.. ayah pergi untuk selama-lamanya..
airmataku tak putus mengalir.. mengalir.. mengalir.. dan terus mengalir.. terlalu sebak rasanya apabila kehilangan orang tersayang.. kehilangan secara tiba².. tak pernah aku terpikir sekelip mata ayah dijemput Maha Pencipta.. betul² mengejut di usiaku 16 tahun.. usia yg amat memerlukan perlindungan dan bimbingan drpd seorang insan yang bergelar ayah..
ah.. tarik nafas dulu..
sedikit demi sedikit kain kapan yg menutupi tubuh ayah makin hilang dr pandangan mata aku.. jasad ayah ditimbus tanah.. tanah yg menimbusi kubur ayah cuma sejengkal saja tingginya drpd tanah yg dipijak.. kata mak.. ayah dah pernah pesan.. kalau dia meninggal.. jgn letak batu yg slalu org letak kat kubur tu (batu belindang).. tak perlu letak pagar atau apa saja pd kubur ayah.. cukup sekadar tanah tinggi sejengkal je drpd tanah yg dipijak dan batu nisan.. sunnah nabi kata ayah..
hari berlalu pergi.. mak sedara aku mintak yi temankan mak kat rumah.. katanya yi takyah la duduk asrama.. sbb kak long kat kl.. abang dan kat shah alam.. mi kat kusza.. aku kat taiping.. sian mak duduk sorang.. dia mintak yi temankan mak kat rumah..
adik aku tak jwb apa.. tak siapa tahu hatinya ketika itu.. aku dgn perasaan aku.. tp mak aku yg mintak dia duduk di asrama.. mak kata dia yg menyaksikan kejadian tu dpn matanya.. sukar utk dia lupakan.. lagipun dia cukup manja dgn ayah.. maybe bila duduk asrama.. ramai kengkawan.. dia dpt lupa apa yg berlaku depan matanya.. maybe dia dpt concentrate study.. biarlah dia dpt blajar dgn sempurna.. itu antara amanat ayah aku.. yi masa tu form 2.. betul kata mak.. yi score SRP dgn result 8A1.. besar pengorbanan mak..
to be continued.....
3 comments:
Sedihnya fizah baca cerita nono nih... semoga rohnya dicucuri rahmatNya...
-Fizah-
nono,
banyak2 sabar ye. Elly pun dah lalui saat-saat kehilangan ayah tersayang....
fizah,
hanya doa tak henti² drpd seorg anak moga rohnya digolongkan di kalangan org² yg soleh..
elly,
kehilangan sbnrnya ialah saat yg akan dihadapi oleh semua makhluk.. krn semua kurniaan Allah di dunia ini hanyalah pinjaman.. tinggal lagi cara kita yg hidup ni utk menanganinya.. & bermuhasabah diri menyedari hikmah di sebalik setiap kejadian..
Post a Comment