Monday, November 06, 2006

citer raya lagik

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dr lelaki & perempuan, & Kamilah tlh menjadikan kamu pelbagai bangsa & bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (& beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah org yg lbh taqwanya diantara kamu (bukan yg lbh keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan & amalan kamu)."

(Al-Hujrat : 13)

==============================================================

ahad lps abang dan dtg ke rumah aku beraya.. dia pun bukak la cite psl adam.. adam baru standard 1.. tp ikut pemerhatian aku & firasat aku.. dia ni brilliant.. petah bercakap & tak takut org.. dia relek jer blh pegi terawih sorang (abang aku masa tu baru bersiap nak pegi surau).. siap join org tadarrus.. abang aku lak mmg jenis yg ajar anak cenggitu cara.. dia jarang melarang anak dia.. dia lbh byk monitor drpd mengawal..

citer kelakar adam.. tahun ni dia balik raya kat kedah.. kata abang dan diorang pegi rumah maktuk sebelah bapak kakak ipar aku (kalau payah nak paham family tree ni takpe.. blh abaikan jer).. masuk kampung kluar kampung.. adam ni nampakla sekor lembu.. disebabkan tak pernah tgk lembu gamaknya.. dia pun berdiri dpn lembu.. siap angkat tangan seraya berkata “easy.. easy.. saya tak makan awak”, har.. har.. har.. kelakar ada.. kesian pun ada.. tak pernah nengok lembu rupanya.. camtu skali budak kl ni yek.. aku rasa kalau tanya sesape pun.. sure tak heran langsungla ngan lembu tuh! tp tulah.. zaman berubah.. lps ni jgn anak² aku lak jd cenggitu (tp tak mustahil tuh!)

citer raya kat terengganu laks.. hari raya cam biasa.. sungguh ramai kanak² bertandang ke rumah aku.. rumah aku ni sebenarnya takyah tunggu raya.. hari² biasa pun ada budak² n org² tua (yg claim dirinya susah) dtg kat rumah aku.. cari rezeki katanya ;-)).. mak aku pun tak kisah.. apa yg ada bagi je kat diorang..

maka 1st day raya tu datangla kanak² ke rumah aku.. bukan nak makan pun tp as usual.. nak duit raya.. nak dijadikan citer.. dtgla jugak 2 org hamba Allah lelaki ke rumah aku.. tgk riak wajahnya cam umur 40++ gitu.. guess what.. dia dtg bagitau dia ni anak yatim (dgn ertikata lain.. nak duit ler).. anak yatim??? lelaki 40++ anak yatim?? memula aku pun rasa lawak.. umur 40 pun dikategorikan anak yatim gak ke? nak jer aku kata.. saya pun anak yatim.. anak saya nih cucu yatim.. har.. har.. har.. tp bila ingat ayah aku pernah kata.. tak kira sape saja yg dtg rumah kita tu maknanya Allah dah suratkan rezekinya ada di rumah kita.. mak aku pun bagila serba sedikit..

kelakar gak yek.. yatim di usia 40 thn.. aku pun taknak komen apa².. mungkin tu cara dia nak cari rezeki.. yg penting kita yg ada ni jgn sombong.. bagilah setakat yg termampu..

pernah terjadi pada salah seorang sedara aku.. dia ni kaya & mewah orgnya.. satu hari waktu maghrib didatangi seorang peminta sedekah.. mungkin disebabkan kesenangan yg dikecapi.. sedara aku tu halau peminta sedekah tu.. siap marah² lagi.. halau gitu je tanpa bagi apa² pun.. hamba Allah tu baru berdiri depan gate tp dah kena halau..

selang 2-3 hari lps tu.. mcm² musibah menimpa sedara aku tuh.. satu persatu.. aku ada tanya ayah (masa tu ayah aku ada lagi la..) nape camtu skali jadi sedara aku tu? kata ayah.. mungkin yg dtg waktu maghrib tu bukanlah manusia.. mungkin malaikat yg dtg utk menguji hamba Allah.. nak tgk hamba Allah tu bersyukur atau tak dgn nikmat yg Allah berikan.. aku tanya ayah lagi.. cemana kita nak tunjuk cara kita bersyukur?.. kata ayah.. kita lakukan suruhan Allah dan tinggalkan larangannya.. berbuat baik pd org.. jgn sesekali merendah-rendahkan org.. manusia tu sama di sisi Allah.. yg membezakannya hanyalah taqwa pd Allah.. sesiapa saje yg dtg rumah kita tu mmg tlh ditakdirkan Allah rezekinya ada di rumah kita.. jgn sesekali menghalau atau merasa berat dgn kedatangan tetamu.. jamu la apa saja yg ada pd kita walaupun hanya sekeping roti.. dan bagilah sedikit duit bagi peminta sedekah camtu.. sbb tak siapa blh menjamin kita yg berduit ni akan terus kekal kaya raya.. mungkin kita jua satu hari nanti akan ditarik nikmat.. masa tu baru kita tau betapa sukarnya hidup sbg peminta sedekah.. pjg lagi ilmu yg ayah curahkan..

aku pun sampai la kalau ada peminta sedekah ni dtg pd aku.. aku bg je ikut kemampuan aku.. wpun ada yg berpendapat sesetengah peminta sedekah tu drpd sindiket.. tp pd aku.. lantak korangla.. kalau nak tipu tu antara korang dgn Allah.. tanggungjawab aku utk memberi kpd yg meminta dah aku tunaikan..

manusia ni mcm² ragam.. ada yg kaya.. ada yg miskin.. ada yg baik.. ada yg jahat.. yg penting.. kita sbg hamba Allah menyedari hakikat hidup di dunia ini hanyalah sementara.. tiada yg kekal abadi.. amar makruf nahi mungkar.. manusia ini sama di sisi Allah.. hanya taqwa kpd Allah sahaja yg membezakan antara manusia dgn manusia lain.. moga di hari akhirat kelak.. persembahan yg akan kita pertontonkan kpd semua tdk akan mengaibkan kita.. & dpt meniti titian sirat dgn lancar.. insyaAllah..


*terima kasih kpd kak ros, kak murni, kak faridah, ina, saba, fizah n family yg dtg beraya kat rumah aku.. terima kasih jugak kpd individu² yg menjemput aku ke open house.. kak ida, kak ros, kak murni n individu² yg enggan namanya dinyatakan atas sbb² tertentu.. aku tak dpt nak join.. insyaAllah bila aku dah betol² sihat nanti.. bolehla aku ke rumah kalian semua.. insyaAllah..

2 comments:

Anonymous said...

dah besar adam ! lama x tengok dia.
ingat lagi dulu2 masa nono bawak pegi umah abg nono...dia kecik lagi .suka main masak2.

gambar ramai2 yg masa raya t'ganu tuh. anak k.long nono ,firdaus n huda ke ...? dah besar semuanya...

cahaya petunjuk said...

adam dah besar eena.. tinggi.. harith dah 6 thn.. yasmin 4 n hafi 3..

ha ah.. tu la pi ngan huda.. besar dah kan.. ada lagi adik dia.. ridhuan, 2yrs tp takde dlm gambar sbb shy boy ;-)