Friday, June 28, 2013

milikMu

"Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah apabila kamu melakukan kekhilafan, kamu berputus asa dengan kekhilafan yang telah dilakukan itu. Sebaliknya menangislah menyesali diri disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan".

=================================================================================================

Oh.. lama sungguh tak menulis..

Ulangtahun kelahiran kali ni sungguh aku suam-suam kuku je. Walaupun tahun-tahun sebelum memang dah suam-suam kuku tapi rasanya tahun ni bukan sahaja suam malah dah nak sejuk kot. Mungkin makin bertambah usia nih dah tak berapa into dengan birthday nih. Anak-anak memang excited nak celebrate birthday Mama yang Mama sendiri terlupa. Abang Kakak dah buat kad hadiah bagai..


Ini sungguh mahal!

Husband aku cukup kreatif di mata aku. Tu antara sebab aku boleh jatuh cinta dengan dia dulu.. kini dan selamanya selain sifatnya yang cukup memahami, penyayang, romantik dan fatherly. Cewahhh.. jiwang karat la pulok di usia perak ni. Hikhikhik..

Terima kasih Abang!

Dalam pada suam-suam kuku.. tahun ni banyak yang surprisee!!!


Oopppsss.. ada pulok umur kat kek tu. Kehkehkeh..

Sangkaku cuma pertemuan 4 mata antara aku dan Eena tapi rupanya lebih daripada itu. Terima kasih my dear Eena (thanks dear.. cantik sangat hadiah tu), dear Azi, Eda (salam kaut tak dilupa. wakakaka..), Cella, Syikin dan Bita. Sungguh aku terharu.. Azi dari Ipoh, Eda dari Melaka.. persahabatan yang dapat dinilai dengan mata hati.

Dalam pada suam-suam kuku jugak.. Zila meninggalkan kata-kata yang cukup buat aku terharu. Sentimental dan nostalgic. Terima kasih La.


Tak sangka La masih simpan..

Dan hadiah setiap tahun daripada tahun aku mengenalinya yang aku tak pernah miss ialah hadiah daripada adik aku, Saba. Unik sungguh hadiah Saba kali ini. Thank you dear sis!

Bila flashback zaman kanak-kanak, zaman remaja,.. kawan-kawan, sahabat-sahabat,.. macam-macam yang ada di kotak fikiran ni. Seronok sebenarnya waktu sama-sama menuntut ilmu dulu, kenangan terlalu banyak.. merata-rata macam jigsaw puzzle.. 

Patutlah orang lama suka mengenang kisah lampau. Dah tiba masa aku rupanya..

Pejam celik pejam celik rupanya dah 36 tahun aku menempuh hidup ini. Aku sendiri tak pasti samada aku dapat lagi menikmati keindahan alam ciptaan Allah ni 36 tahun lagi. Kawan-kawan pun ada yang dah pergi menemuiNya. Allahuakbar..

Semoga Allah memberi peluang kepadaku untuk mengumpul sebanyak bekalan untuk menemuiMu.

No comments: