Sunday, February 03, 2013

anugerah

Sabda Rasulullah saw : “Barangsiapa yang ingin agar dirinya dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga, maka hendaklah saat dia menemui ajalnya dalam keadaan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan dia memberikan kepada manusia sesuatu yang dia suka hal itu diberikan kepadanya.”

(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Ash)

=================================================================================================

Balik daripada jemput Abang Naim tuition tadi aku mencari rezeki di kedai makan. Aktiviti menyinggah sebelum tiba ke rumah ni sokmo dilakukan. Pegi kedai ni, beli lauk sket. Pegi kedai lagi satu, beli lauk lain pulak. Tak masuk lagi bubur, pengat, kerepek.. Anak bujang aku ni memang pemakan (macam Mama). Macam satu kedai nak dibelinya. Err.. pegi dua kedai jadi macam 2 kedai nak dibelinya. Anak nak membesarla katakan.

Lepas beli ketam masak lemak bagai, kami singgah Tutti Fruity. Wahhh.. semenjak Tutti Fruity dah tepek logo halal yang disah Jakim ni, makin menjadi-jadi pulak kami. 

Sian anak-anak sebenarnya (alasan) sebab Ayah takde kat rumah. Bagilah sesuatu yang menggembirakan anak-anak ye dok..

Tengah makan di meja makan..

Naim : Ayah suka ketam ni kan Mama. Kalau Ayah ada mesti Ayah makan sama.
Najwa : Ha ah. Sian Ayah. Kita makan ketam. Ayah makan apa agaknya?
Naim : Kita makan sedap kat sini. Sian Ayah tak dapat makan sedap macam kita..

Aku tergamam. Sebak pun ada. Sampai camtu anak-anak ni pikir. Selalu mak ayah yang terkenangkan anak-anak makan apa ni. Tapi kali ni anak-anak aku pulak yang terpikir apa yang Ayah makan. 

Ya Allah.. sungguh anak-anak ini anugerah teristimewa dalam hidup aku. Tak tau nak jawab apa aku cuma kata..

"Mulianya hati anak-anak Mama. Tak semua anak ingat Ayah dan Mama dia. Malaikat dah catat kebaikan anak-anak Mama.."

Tapi anak-anak ni sambung lagi.. 

Naim : Abang takkan lupa Ayah dan Mama sampai mati. Nanti Abang nak jaga Ayah dan Mama. 
Najwa : Najwa pun nak jaga Ayah dan Mama. Najwa nak bagi pahala ni untuk Ayah dan Mama.
Naim : Abang pun sama.
Najwa : Najwa pun..

Aku makin sebak, hiba. Aku gosok kepala anak-anak, "Makan anak-anak Mama..", itu je yang terkeluar dari mulut aku, nak sambung lagi tapi dah tak mampu. Aku tunduk. Titisan air dari mata jatuh ke dalam pinggan.

Tulus sungguh penghuni kecil syurgaMu ini Ya Allah.. kupohon kepadaMu agar Engkau peliharalah anak-anakku ini. Jadikanlah mereka insan yang bakal menegakkan syiarMu satu hari nanti.. 

No comments: