"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.
(Al-Baqarah : 152)
==============================================================================================
3 minggu lepas aku demam. Dah lama tak demam (baca : dah lama kita sihat. sekali tak sihat tu maknanya Allah nak kita ingat pada Dia). Tersalah makan la ni. Tekak aku ni memang sensitif. Silap je, nantikanlah kemunculan yang tidak diingini.
Agak kritikal. Batuk berkahak, sakit tekak (suara dah tak gaya Ella dah. dah garau. macam pompuan isap rokok pun ada. oppsss.. marah lak perokok tegar di luar sana. takpe, dah strikethrough), selsema. Tak dapat hidu dengan sempurna. Telinga pun tak bape nak dengar dek kerana asik blow nose. Pakej sempurna. Tak terkecuali serasa seakan oksigen percuma yang dikurniakan Allah ini tidak mencukupi. Sungguh nikmat 1 daripada 5 telah ditarik untuk seketika. Terpikir jugak aku.. cemana seandainya tiba-tiba nafasku terhenti?
Tapi jangan dilayan rasa tak sihat. Kena lawan. Makan jugak walaupun tak tau apa rasa. Semangat mesti kuat kata Kak Long. Diet sihat kena ikut walaupun ntah hapa-hapa rasanya. Cuma yang tak best.. korbankan cili dan segala macam rasa pedas makanan yang memang feveret aku. Huhu..
Minggu lepas Kak Long call. Soalan pertama.. "Bakpe dok kabo ke Kak Long demam? Sian sungguh.." Dan-dan tu jugak Kak Long soh aku puff Ventolin 4 hourly for 3 days. Flixotide dah sah dah puff pagi dan petang. Asthma katanya. Kalau tak ok, beli Augmentin memandangkan susah nak dapat Augmentin ni. Nak kena specialist je prescribed. Tak ok jugak, pegi hospital. Amik referral letter dengan Kak Long.
Betulla sangkaan aku kena amik Augmentin cumanya aku tak amik sebab memikiorkan Adik Nazhan. Tak pulak aku consult Kak Long time tu. Sokmonya pantang tak sihat, ringan je jari jemari ni menekan no 5 dial pantas pada telefon-bimbit-yang-tak-dapat-menerima-mms-tapi-banyak-berjasa tu. Sibuk benar sampai tak sempat nak talipon. Tak taula apa benda hok dok sibuk sangat tuh. Dunia.. dunia..
Lama dah aku tak kena attack asthma ni. Last time aku kena last year. Sekali. Huihhhh.. memang sungguh siksa. Aku pun satu, tak disiplin. Tak sedar diri pun ye. Dah tau kita tu asthma, kenala puff Flixotide tu. Hmm..
Dan hari ini.. Alhamdulillah aku dah sihat. 1 daripada 5 yang ditarik tadi telah dipulangkan semula oleh Maha Pencipta (kifarah mungkin). Berbaloilah ke hulu ke hilir bawak Ventolin tu. Next time kena cepat bertindak. Demam kalu, hubungilah doktor anda.
Sekian, pesanan penaja.
No comments:
Post a Comment