"Dan orang-orang yang ringan timbangannya (kebajikannya), maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah."
(Al-Qari'ah : 8-9)
===========================================================================================================
31 Ogos yang lepas aku dan anak-anak ke Klang. Beraya rumah abang ipar aku. Maklumlah tak sempat jumpa raya bebaru ni. Terlanjur ke Klang aku nak singgah ke rumah seorang sahabat yang baru kematian suami. Aku namakan dia N.
N ni dalam masa yang sama merupakan skulmet kakak aku. N jugaklah yang bersusah payah buatkan hantaran masa aku kahwin dulu. Satu sen pun dia tak charge kat aku. Dia cuma amik harga barang sahaja. Tugas aku cuma passkan barang-barang pada dia. The rest dia yang selesaikan waima kaler hantaran pun dia yang tolong carikan. Punyala naif aku dengan benda alah kawin nih. N yang aku kenal memang gigih dalam apa jua yang dia lakukan. Dia sentiasa berfikiran positif. Itu yang buat aku have a very high confidence in her. She's a creative lady. Itu lagi pemberat aku yakin dengan hantaran yang dia buat. Jauh beza ngan aku yang kerastangan nih..
Singkap kembali 10 tahun yang lampau. Ni hasil tangan dia yang aku kenang sampai bila-bila. Sangat berpuashati.
Sambung balik citer..
Daripada minggu lepas lagi aku nak ziarah N tapi tak berkesempatan. Tapi aku gamble ke rumah N walau dia tak reply mesej aku immadiately. Dah sampai depan rumah mak dia baru aku baca reply yang dia takde petang tu, ke rumah mertuanya di Subang. Tapi sebab aku dah kat Klang rasanya ni peluang terbaik untuk jumpa N.
Tapi guane? Dah pukul 6.30 petang nih.
Lepas call, malam tu aku janji akan ke rumah dia.
Aku tak pernah ziarah orang malam-malam cenggini. Mak selalu pesan.. nak pegi rumah orang jangan pegi awal pagi, tengahari dan malam. Awal pagi tu maybe dia tak ready, banyak keje rumah yang dia nak setelkan. Tengahari tu time orang makan tengahari. Jangan sesekali pegi rumah orang time orang lunch. Malam pulak time orang berehat. Satu lagi pesan Mak, jangan sesekali pegi rumah orang dengan tangan kosong. Amalkan bawak buah tangan untuk tuan rumah. Aku ingat sume tu. Aku ingat.
Tapi aku takde pilihan. Kalau tak singgah sekarang, bila pulak aku nak ke Klang.
Sejak aku pulih daripada sakit ni, aku memang cenderung melawat orang sakit dan orang yang kehilangan orang tersayang. Bagi aku itu satu terapi untuk mengingatkan diri aku bahawa hidup ini hanya sementara. Supaya aku sentiasa ingat bahawa hidup ini bukanlah hanya untuk suka-suka. Hidup ini ada tujuannya. Kerana itulah Islam mengutamakan menziarahi keluarga yang mengalami kematian daripada jemputan perkahwinan andai 2 perkara berlaku dalam masa yang sama.
So malam tu lebih kurang pukul 8.30 malam kami berdua tiba di rumah N. Aku estimate dalam 10 minit je ke rumah dia. Tujuan aku hanya satu - nak bertemu mata dengan N. Supaya N tak merasa dia keseorangan. Dia masih ada rakan-rakan yang mendoakan untuknya.
Abang Naim ngan Kakak Najwa kami tinggalkan kat rumah abang ipar aku.
Sampai je kami kat rumah N, nasi putih, berlaukkan asam pedas ikan pari, ikan cencaru goreng dan beberapa lauk lagi dah terhidang sebagai makan malam kami walhal aku datang bukan bertujuan untuk dinner kat rumah dia. Aku nak jenguk dia, support mana yang perlu walau aku tau dia tabah. How nice she is. Knowing her, dia memang begitu. Sangat pandai melayan kenalannya. Terharu jugak aku dibuatnya.
N menceritakan semuanya kepada aku macam mana kejadian tu berlaku. She looks ok, kids pun ok tapi dalam hati siapa yang tahu kan. I take it as a reminder, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian.
Bila nak balik, sekali lagi aku peluk N..
Aku : Sabar N. Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu. I know you are strong enough to face it.
N : Terima kasih. Doakanlah ya.. (mata N mula berkaca)
Aku taknak buat dia nangis. Aku peluk dia lagi. "You are strong N, you are strong and I will always pray for you. Take care ye."
Terdetik di hati aku, andai aku punya kesempatan, nak sangat aku kunjunginya lagi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh suaminya, Al-Fatihah.

No comments:
Post a Comment