Monday, September 03, 2012

hati sentiasa basah

"Ucapkanlah wahai anak, 'Ya Tuhanku, kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka berdua mengasihi aku sewaktu aku kecil'."

(Al-Isra' : 24)

===========================================================================================================

Awal tahun lepas.. member aku ajak pegi Vietnam. Tujuan : shopping.
Tengah tahun lepas.. member aku yang lain pulak ajak ke Bandung. Tujuan : sama seperti di atas.

Pegi ke aku? Jawapannya.. tidak.
Alasan? Anak-anak aku kecik lagi. Heheh.

Itu bukan alasan sebenar. Alasan sebenar.. err.. malu lak nak kabo. Kalau zaman sekolah dulu orang panggil homesick. Heheh.

Rupanya homesick ni bukan zaman sekolah je. Dah beranak pinak pun boleh homesick lagi. Hahah.

Hari tu (lama dah ni.. tahun lepas rasanya) aku outstation. Ala.. tak jauh pun. Dekat je.

Petang Jumaat tu husband dan anak-anak aku datang ke hotel (nampak sangat dekat kan? heheh). Wahhh... seronok sungguh. Walau aku tengah facilitate workshop, tapi aku tau husband dan anak-anak ada dekat ngan aku.

Abis sesi workshop petang tu nampak anak-anak kat swimming pool ngan Ayah. Terjerit-jerit anak-anak panggil Mama. Bahagianya..

Kami keluar dinner sesama. Makan sekeluarga adalah satu kemanisan hidup. Sungguh.

Lepas dinner berlakula part yang paling aku tak suka. Diorang nak balik.

Sampai kat keta tu, Naim cam biasa, peluk aku. Aku pun sama. Naim dah nak nangis. Aku pun sama. Tapi aku kaver. Tu dia aihhh.. dah macam nak jadi drama la pulok. Untuk makluman hadirin sekalian jarak hotel ke rumah aku taklah jauh mana. Cuma almost 40km. Acaner tu?

Untuk makluman jua, Naim ni memang sangat rapat dengan aku. Dan Naim ni soft-hearted person. Kak Najwa relek jer, siap kata.. "Mama jangan nangis tau. Esok kita jumpa ye". Haha.. anak dara aku ni memang survival. Tadak hal punya. Kalau tak, takkanla soh aku balik masa aku tunggu dia first day kat tadika dulu. Tapi walaupun dia survival, aku nengok muka dia pun dah rasa sayu. Mama yang over. Boleh gitu? Err.. nengok muka enche suami lagi la kan. Heheh.

Nampak benar aku memang tak boleh berenggang dengan anak-anak dan suami. Itu baru outstation dalam negara, er pembetulan.. outstation dalam negeri yang jaraknya tak sampai 40km. Tak taulah kalau aku kena outstation ke luar negara. 

Jadi.. cemana la aku nak join trip member aku ke tempat-tempat shopping tu? Tak dapat aku bayangkan nengok anak-anak dan suami lambai tangan gudbai kat airport.. tak boleh. Tak boleh. Hati ini tak cukup kering. Huhu. 

La ni pulak dah ada Adik Nazhan. Kalau aku keluar memang tak bawak Adik. Kurangkan pendedahan kepada persekitaran luar yang kurang sihat. Nanti Adik dah boleh jalan baru aku bawak. Tinggal kejap pun aku mesti talipon rumah. Rindu sungguh kat Adik.

Tak dapat aku bayangkan cemana anak-anak aku kalau aku takde lagi di dunia ni. Ya Allah.. janganlah Engkau pisahkan aku dengan anak-anakku melainkan kami telah bersedia untuk menghadapinya..

No comments: