Monday, August 27, 2012

perjuangan memerlukan pengorbanan

 "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."

(Al-Mujadalah : 11)

===========================================================================================================

25 Ramadhan 1433H - tarikh keramat. Lepas ni aku akan mulakan perjuangan yang baru. Untuk seketika. Ya, untuk seketika.

Pagi lagi aku dah cari bos. Wajib bertemu mata dulu. Sebagai orang berpengalaman dan terlebih dulu makan garam, banyak nasihat dan panduan yang diberikan. Aku memang suka dengar nasihat daripada orang berpengalaman ni. Banyak yang boleh aku pelajari. Maklum sahajalah antara aku dan dia terlalu jauh jurangnya. Dia sudah berada di tangga yang hampir ke kemuncak sedang aku hanyalah ikan bilis. Sungguh bilis.. huhu. Bila dia menasihat, dia adalah seorang ibu bagi aku.

Aku bersalam dan cium tangannya sebagai tanda hormat. Aku hormat dia. Hormat sebagai seorang bos, hormat sebagai seorang ibu. Dia memeluk aku. Lama.. dan.. berlakulah drama airmata di situ. Whatever it is, you are still my mentee, Norul kata dia. And you will always be my mentor, Dr.. forever.., balas aku.

Tak sangka.. sayang jugak dia kat aku. Episod sedih tu sentiasa segar dalam ingatan aku.

Aku nak jumpa bos lagi sorang (ramai betol bos aku) tapi hari tu dia EL. Sian bos aku ni. Dia mendapat musibah tu yang EL. Tapi dia call aku. Sungguhla baiknya. Bos yang ni gred tinggi juga. Bukan lagi nombor tetapi huruf. (sungguh jauh jurang antara kami tapi jurang tu tak terasa dek kerana bos aku ni have a very good human touch dengan anak buahnya).

"Norul.. if you need any help, come and see me. Ring me as well. You are always welcomed."

Lihatlah betapa baiknya dia..

Sungguh aku katakan.. inilah bos terbaik buat aku sepanjang 12 tahun aku bekerja. Dia punya pengalaman dan pengetahuan yang mantap dalam bidangnya. Semua di bibir mulut. Dan kemahirannya dalam mendekati anak buah jua merupakan kelebihan yang ada pada dirinya. Memang banyak yang aku belajar dari dia. Hinggakan aku pernah mention kat dia.. sekiranya diberi peluang dan pilihan, saya akan memilih untuk berada di bawah Mr. K lagi lepas ni.

Dia balas balik, "Norul.. you are good officer. Keep it up. I believe you can do very well whoever you work with."

Syahdu juga..

Aku cari bos aku lagi sorang. Udah gue bilang bos gue memang ramei. Ni pun gred tinggi yang bukan nombor tapi huruf. Dia ni very motherly dan sempoi hingga sokmo la tak nampak jurang antara kami. Malangnya dia takde. Ada meeting kat agensi luar. Cam bos tadi, dia call aku say sorry tak sempat jumpa aku. How nice she is..

Gitulah antara kisah tarikh keramat aku. Masing-masing ada pandangan dan pendapat yang berbeza tentang sini. Bagi aku mana-mana pun sama. Tinggal lagi kita perlu ada paradigm shift, sesuaikan diri kita dengan keadaan sekeliling. Bila kita pernah berada di zon selesa memang agak sukar untuk menerima perkara baru. Maka.. bacalah buku Who Move My Cheese. Heheh.. 

Aku pulak.. dari segi kerja, aku suka. Aku punya bos-bos yang hebat. Banyak yang aku pelajari sepanjang berada di sini. Aku jua punya anak buah yang hebat. Hebat tak hebat anak buah aku ni.. kalau bagi kerja pagi, tengahari dah siap. Kalau tak dapat tengahari, petang pasti siap. Hari yang sama. Kerja tak cincai. memang superb. Kita mintak ABC, ABCDEF yang dia bagi. Ibarat Si Kembang Cina, belum disuruh telah ada di depan mata. Thinking? Diorang ni memang laju. Memang suatu bencana andai bos punya anak buah yang lagi laju cenggini. Nanti bos lagi besar tak nampak kewujudan kita. Tapi aku take it as a challenge. Aku perlu lagi laju daripada depa. Setiap kali jumpa bos make sure buat homework dulu :-)

Jadi, kenapa mengambil langkah sebaliknya? Hidup ini satu perjuangan kan. Perjuangan pasti ada pengorbanan. Pengorbanan itulah yang membawa aku kepada keputusan yang aku ambil.

Gitulah antara kisah kerja aku. Cam aku pernah mention sebelum ni, aku tak bape suka post citer pasal keje. Tapi ni tujuannya tak lain tak bukan, kudos to all of them.

Semoga Allah mempermudahkan kehidupan aku dalam melangkah ke alam baru. Amin.

1 comment:

Munajah Cinta said...

Semoga dipermudahkan Allah swt dear !