Tuesday, August 07, 2012

dulu lain sekarang lain

 "Dan orang yang tidak melarang perbuatan mungkar di bumi ini menitikberatkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan jadilah mereka orang yang berdosa."

(Al-Hud : 116)

===========================================================================================================

Wiken lepas kami keluar dengan anak-anak. Cari keperluan raya sket. Adik Nazhan kat rumah. Tak bawak. Tak sampai hati nak bawak Adik ke hulu ke hilir. Manusia of course la ramai kan. Tu pun keluar awal pagi. Kesian Abang ngan Kakak letih lak nanti. 

Tak banyak mana pun shopping. Actually bukanlah totally keperluan raya. Aku beli tu sebab nengok baju anak-anak dah banyak yang tak muat saiz. Dah lama nak membeli tapi tak berpeluang. Masa yang ada terus kami gunakan.

Barulah perasan.. dah besar anak-anak aku rupanya.

Kali ni aku rasa lain benar kaedah shopping aku. Seiring dengan pertambahan usia, kematangan jua bertambah mungkin. Dulu memang aku agak kurang rasional dalam berbelanja. Especially baju anak-anak. Macam dunia ini ana yang punya!

Mula-mula aku keje dulu opis aku kat PJ. Jarak ke Mid Valley cuma beberapa kangkang T-Rex je dari opis aku. Senang citer tambang cab pegi balik RM8. Kalau 4 orang naik cuma RM2 je sorang. Tak ke lumayan tu!

Dek kerana cuma perlu membayar RM2, maka boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku ke sana. Ke guane Che Su? Heheh.. mengimbau kenangan 12 tahun dulu. Dasat tol kita kan Suhaila..

Apa yang aku beli agaknya ye? Hadirin sekalian.. apa lagi kalau bukan keperluan Naim. Maklumla masa tu anak baru sorang. Kejap baju, kejap stoking, kejap botol susu, kejap toys, pastu ulang baliklah sume yang dah disenaraikan tu. Dah macam keje cop duit aku nih. 

Aku dah boleh hafal kedai-kedai dalam Mid Valley tu. Hujung sini Jusco. Hujung sana Metrojaya. Dekat Jusco ada World of Cartoon. Dulu WOC tu besaaaaarrrr sangat. La ni dah kecik. Itulah 3 tempat yang aku takkan miss. Aku boleh round tanpa amik lunch. Ish punya dasat makhluk ciptaan Allah yang bernama perempuan ni kalau letak kat shopping complex (err.. bukan semua perempuan kot. aku je cenggini. kang ada lak yang marah aku main pukul rata cenggini).

Gitulah.. tapi shopping aku untuk Naim je. Barang aku sendiri pun aku tak beli. Baik handbag, kasut, kain pasang. Semua tu dikemudiankan. Ntah.. tak teringin pulak rasanya. Cukuplah dengan apa yang ada. Kalau ada baju kurung baru aku buat pun sebab kain tu hadiah daripada rerakan (rasanya 95% baju kurung yang ada dalam wardrobe aku sekarang ni ihsan daripada rakan-rakan). Punyala baik sahabat handai aku.

Tapi tu sume dulu. Dulu.

Bohong kalau aku katakan aku dah tak suka shopping. Suka. Masih ada lagi sisa untuk bershopping tu cuma aku lebih rasional. Berpada-pada la kan. Bila nak berbelanja lebih, terbayang di ruang mata aku orang yang kurang kemampuan. Terus tak jadi. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Rasa berdosa.

Mana datang bayangan dan perasaan tu. Allah. Lintasan tu kurniaan Allah. Allahuakbar. 

Banyak sangat hikmah sakit yang Allah berikan pada aku. Hikmah tu bukan boleh ditulis, dicerita kerana ia datang dari Allah. Ingat lagi Kak Long pernah kata kat aku, "Boleh nak reward diri sendiri tapi berpada-pada. Tak semua duit kita tu kita yang punya. Ada bahagian untuk orang lain. Kemewahan itu bersifat sementara sepertimana kita, makhluk ciptaan Allah yang bersifat sementara."

Ya Allah.. semoga Engkau memberi hidayah kepadaku sentiasa dalam menjalani kehidupan yang sementara ini..

No comments: