"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka..."
(Al-Tahrim : 6)
===========================================================================================================
Sedari kecik aku tak minum kopi. Mak bancuh minuman panas samada 5 - kalau tak teh, milo. Takpun horlicks. Takpun susu nespray. Takpun ovaltine. O buleh. Bersusu pun buleh.
Lepas bersalin Adik Nazhan ni aku mula minum kopi. Berjinak-jinak dengan kopi. Eh sedak pulok. Adakah ini faktor penuaan? Bak kata Saba.. alam 3posen. Hahaha.
Tapi kopi aku murah je. Bukan mocha, bukan latte, bukan cappuccino, bukan espresso, bukan americano. Kopi aku village coffee atau nama manjanya kopi kampung. Seplastik kecik tu rege RM3.99. Hok besor rege RM7.99. Supplier kopi aku Sabasun. Baru-baru ni nasib baik Kak Long balik Teganu. Kalu tidak harus kopi tu Mak mintak Mi pos ke aku. Hiks!
Bukan takde jual village coffee kat sini. Ada tapi aku tetap mencari Terengganu village coffee. Heheheh. Anak Teganu sejati aku nih. Betapa sejatinya ke'Teganu'an aku, potong rambut pun di Teganu. Hahah. Sekali jer aku potong rambut di kota metropolitan ni, Shah Alam. Tu pun zaman glenya dulu. Ingat lagi Eena, Che Su..? Heheh. Lepas tu hingga kini, aku sanggup tunggu balik Teganu untuk potong rambut. Kalau tak sempat tunggu, tak lain tak bukan barber aku ialah my beloved hubby. Hubby aku ni memang all-rounder. Barber pun dia, plumber pun dia, electrician pun dia, chef pun dia, masseur pun dia, baby sitter pun dia, serba boleh lah orang kata!
Syukur alhamdulillah. Semua takkan berlaku tanpa izinMu.
Sambung balik citer kopi aku tadi. Melencong lagi akak nih.
Walaupun aku peminat kopi, tapi macam yang aku kata tadi. Aku minum kopi kampung je. Aku tak minum kopi berprestij tinggi tu. Kenapa? Senang je. Sebab logo kat bawah ni. Ada beberapa outlet yang tepek logo ni tapi aku tak minum jugak. Maklumlah hardcore kopi kampung. Bagi peminat kopi bulehla ke sana.
Ni logo hok aku sokmo perati..
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
- bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
- perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
- diikuti tulisan rumi “HALAL”;
- bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
- dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
(Sumber : Jakim)
Ada pulak yang kata kat aku. Takkan sume kedai makan nak kena ada ni.
Bukan gitu puan. Kalau kedai yang memang kita tengok tak meragui, tak perlula kita cari logo ni. Mana-mana yang franchise atau kita nampak macam universal tu kenala selak kat pintu tu nengok dia tepek ka dak. Tu je. Mudah kan?
Tu kalau yang Malaysia punya. Kalau makanan lain cam coklat, aiskrim oversea tu puan-puan boleh check kat sini. Dulu Jakim ada bagi kat aku pamplet ni tapi kata diorang badan yang diiktiraf ni selalu dikemaskini. Adalah lebih afdhal check kat website Jakim dari masa ke masa. Senang citer, aku print. Kak Long ngan abang aku pun simpan hardcopy ni. Senang untuk depa yang sering ke luar negara.
Kalau takdak mana-mana logo yang diiktiraf ni, jauhilah. Jauhilah yang syubhah. Bak kata arwah Ayah..
'Banyak lagi makanan lain atas dunia ni. Sedap tu hanya di lidah. Masuk perut dah tak rasa apa-apa. Bertahan dan berjihadlah. Sekejap je. Bukan lama. Nanti dah sampai masa, makanlah apa sahaja dalam syurga Allah. Takde yang dilarang.'
MasyaAllah..
'Banyak lagi makanan lain atas dunia ni. Sedap tu hanya di lidah. Masuk perut dah tak rasa apa-apa. Bertahan dan berjihadlah. Sekejap je. Bukan lama. Nanti dah sampai masa, makanlah apa sahaja dalam syurga Allah. Takde yang dilarang.'
MasyaAllah..
Dek kerana itu jualah aku memang susah sket kalo kengkawan ajak/belanja makan. Especially tempat yang high class ni kan. Takpelah nampak kampung pun. Bak kata Eda, walaupun dia nampak vogue, tapi hati dan jiwanya kampung jek. Heheh.
Last time masa member QA ajak makan, punyala susah aku nak mintak excuse. Depa ajak pi makan kat satu restoren kat The Curve (tak perlu aku namakan tempat tu kot). Uh.. akak memang tak jumpa lagi kedai makan kat situ ada logo halal kecuali fast food. Fast food akak tak makan dik ooiiii.
Takkan aku nak kata, 'I tak makan kat situ sebab takde logo halal' walaupun itu hakikatnya. Tapi nak berdakwah ni kena berhikmah bukan dengan kekerasan ye dok? Maka aku tolak cara baik, meals saya kena ada nasik. Full stop. Walhal aku pun makan western food. Jenuh la depa ni pi cari kedai makan ada nasik. Haihhh.. gigih sungguh.
Masa aku tak makan fast food pun depa dah wonder. Aku sanggup berlapar. Walhal Adik Nazhan dalam rahim aku masa tu. Tak mati kalau aku berlapar kerana Allah. Itu aku pasti. Prinsip hidup jangan sesekali diruntuhkan. Semoga Adik Nazhan jua punya semangat juang yang tinggi.
Fast food tu aku tak makan bukan sebab takde logo halal. Fast food memang halal. Tapi.. aku takleh nak suap dalam mulut makanan tu. Tak sampai hati. Terbayang kanak-kanak Palestin. Terbayang-bayang tangisan diorang, bom sana bom sini, Allahuakbar. Aku takleh nak singgah fast food beli makanan kat situ. Apatah lagi nak telan. Aku tak mampu angkat M16 dan berjuang di sana. Aku hanya mampu mengurangkan untung puak yang membunuh umat Islam. Walaupun kecik sangat sumbangan aku, tapi sekurang-kurangnya aku cuba. Umpama burung membantu memadam api yang membakar Nabi Ibrahim. Allah tetap menimbang jihad kita walau sebesar zarah kan?
Ada pulak yang kata kat aku.. kalau camtu, takde apa la yang kita boleh beli sebab puak tu memang 'memegang' semua produk dalam dunia ni. Betul. Aku setuju. Maksud aku, selagi boleh elak, kita elak. Pilihan di tangan kita. Kita semua diberi akal untuk berfikir kan?
Gitu jugaklah jadi masa aku attend course kat Boulevard Mid Valley. Ambik turn makan. Hari ni Nando's. Esok Domino. Lusa Nando's lagi. Tulat Domino. Tubeng Nando's. Nasib baik seminggu je. Kalau sebulan.. muka pun bulat umpama pizza dan chubby umpama ayam. Kahkahkah.
Nak pegi food court lagi aku was-was. Maybe ada kedai lain yang tepek logo halal ni tapi kekangan masa sejam yang diberikan dok dang nok cari keda laing.
Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu daripada diri saya sendiri. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment