Friday, June 29, 2012

makan makanan makan

"Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud, Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."
 
(Hadis Riwayat Abu Daud) 

===========================================================================================================
 
Hari tu pengantin baru, Pjoet dan suami datang umah kami. Cadangnya nak jamu pengantin baru makan tengahari tapi minum petang je akhirnya. Takpelah. Mungkin lain kali ;-)

Alkisahnya Pjoet bawak rezeki bersama untuk kami sekeluarga. Dalam banyak-banyak tu.. yang ni tetiba menjadi kegilaan aku.


Biskut ni sangat sedap. Aku pulak yang over makan biskut ni. Bape kali repeat dah makan biskut nih. Cemana rasa dia? Rasa dia cam aiskrim gitewww. Sungguh. Aku tak bohong. Lidah aku ni rasa biskut ni cam aiskrim. Tak taula kot kemaruk nak makan asikrim. Ahah.

Cerita aiskrim.. hari tu aku buat aiskrim vanila. Anak-anak la paling suka. Anak-anak suka, Mama lagi la suka ;-)

Aiskrim homemade yang dimasukkan ke dalam acuan ice-cream maker


Tadaaaa... dah siap!
Terima kasih Tupperware kerana telah memberi peluang untuk saya menikmati aiskrim di dalam acuan ini. Anda bagaimana? 

No comments: