"Katakanlah : Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya? Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan."
(Al-Kahfi : 103-104)
===========================================================================================================
Cuti yang panjang memberikan aku banyak ruang untuk diri sendiri. Kata Kak Long appreciate it.
Sebulan pertama adik Nazhan lahir.. Adik tido, Mama pun tido. Hari-hari ngadap Adik Nazhan. Peluk cium peluk cium wangian syurga aku tu. Gaji masuk cam biasa. Orang naik gaji, kita pun sama. Heaven. Memang heavan.
Masuk bulan kedua Adik dah tido malam. Siang pun tido. Manageable. Mama dah kurang tido. Hehe. Waktu terluang Mama baca buku. Takpun nengok tv. Err.. kekadang tv nengok Mama. Selain nengok tv, browse intenet tak dilupakan. Tak terkecuali online shopping.
Habis segala cerita aku nengok. Tak segala jugak sebenarnya. Sinetron terkeluar dari senarai aku.
Citer melayu.. yang sedih ada yang lawak ada. Yang sedih tu of course la citer anak-ibu. Naluri ibu ni takleh nak sorok. Pastu aku layan jugak CSI, NCIS, Amazing Race (sungguh menarik nengok tempat-tempat di dunia ni). Ni semua kalau sempatla.
Ada 2 rancangan yang aku wajib tonton. Ni rancangan talibesen yang aku sentiasa ternanti-nanti. Belum lagi mula aku dah tercongok depan tv.
Law Kana Bainana dan Fattabiouni. Terima kasih TV AlHijrah.
Dengar lagu pun dah sebak apatah lagi menonton rancangannya..
Law Kana Bainana - Sebuah rancangan yang dihoskan oleh Ahmad Al-Shughairi betul-betul membuatkan hati ini semakin merindui Rasulullah saw. Walaupun tak tahu, di
akhirat kelak di mana aku di mata Baginda. Bagi aku rancangan ni sangat menginsafkan dan berjaya mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan
Rasulullah s.a.w selepas cinta kita kepada Allah swt. Penghujung rancangan pihak penganjur akan menyediakan hadiah
cenderahati “Law Kana Bainana Al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan
macam-macam lagi kepada siapa yang berjaya
berakhlak dengan akhlak Rasulullah antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak
lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.
MasyaAllah. Bunyinya mudah tapi sebenarnya tak semudah yang disangkakan..
MasyaAllah. Bunyinya mudah tapi sebenarnya tak semudah yang disangkakan..
Tersentuh sungguh hati bila menonton video ini. Sangat tersentuh hingga menitiskan airmata. Sebak.
Salah satu episod Law Kana Bainana
"Jika Rasulullah saw berada di hadapan anda, apa yang kamu akan katakan kepada Baginda dalam tempoh seminit?"
Sekali tonton, anda akan menunggu-nunggu tibanya waktu untuk menontonnya lagi. Percayalah.
Fattabiouni - Rancangan yang dihoskan oleh Habib Mohammad
Al-Saggaf ni mengajak kita untuk mengikut sunah Rasulullah dari sekecil-kecil perkara
hingga ke sebesar-besar perkara. Kadang-kadang kita tak pernah tahu pun
ia sunnah tapi melalui apa yang dipapakan pada rancangan ni, banyak yang dapat kita tahu.
Ini salah satu episod Fattabiouni
Allahuakbar!
Ya Allah.. tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang benar. Janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberikan hidayahMu..
No comments:
Post a Comment